Sejak seminggu dua ni,hujan turun dengan lebatnyer sehingga banyak kawasan telah dinaiki air dan ada yang terpakse berpindah kerana keadaan telah kritikal. Banjir di Pahang dikatakan paling teruk pernah berlaku berbanding banjir yang dulu. Berikut mengikut keratan akbar Harian Metro.
Bah di Pahang semakin buruk
KUANTAN: Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila 23,232 mangsa dipindahkan ke 203 pusat pemindahan di seluruh negeri sehingga petang semalam, berbanding 12,063 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, kelmarin.
Tinjauan Harian Metro bersama Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendapati keadaan air di Temerloh, Maran dan Bera tidak berubah sejak semalam.
Dalam tinjauan itu, beberapa jalan utama masih ditutup selepas dinaiki air, malah ladang kelapa sawit di beberapa daerah turut ditenggelami air.
Keadaan bertambah buruk apabila sampah-sarap bercampur longgokan kayu mula dihanyutkan arus deras yang bakal mencemarkan pemandangan selepas banjir berakhir.
Kira-kira 1,800 kilogram pelbagai barangan termasuk beras, gula dan garam serta tikar sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bera diagihkan kepada mangsa banjir.
Semua barangan itu dihantar ke Kampung Guai, Temerloh; Felda Purun dan Kuala Bera di Bera sebelum berpatah semula ke pangkalan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Indera Mahkota di sini, jam 12.45 tengah hari.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Amran Jusoh, berkata operasi menghantar bantuan itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong dan Triang.
Menurutnya, pada masa sama, pihaknya turut membantu dua pesakit yang terkandas akibat terputus hubungan di Felda Purun, Bera, pagi semalam.
Katanya, Abdul Ghani Musa, 60, yang menghidap penyakit buah pinggang dan wanita hamil, Siti Ramea’ah Othman, 24, dari Felda Purun dihantar Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) Temerloh.
Beliau berkata, perjalanan memindahkan dua pesakit itu berjalan lancar selepas dibantu Dr Sharifah Adibah Sikh Ibrahim, 26, sebelum tiba di HSAS, Temerloh.
Berita ini pulak dari Berita harian . Tempat kejadian berdekatan dengan Kampung aku…Alhamdulillah,kampung aku masih terselamat dari banjir…
Johor: Air pasang limpah ke rumah
Oleh Jamaludin HusinPenduduk Kampung Sri Tanjong bimbang banjir berulang ambil tindakan pindahkan peralatan rumah ke tempat selamat
MUAR: Kira-kira 30 penduduk membabitkan 11 keluarga di Kampung Sri Tanjong, Panchor di sini, yang mengalami banjir air pasang di hulu Sungai Muar dinasihatkan supaya berjaga-jaga berikutan cuaca mendung dan hujan berterusan sekarang.
Fenomena air pasang dan limpahan air dari hulu Sungai Muar-Segamat dipercayai menyebabkan sebahagian rumah penduduk yang berdekatan dengan tebing sungai di kampung itu ditenggelami air sehingga hampir 0.4 meter sejak awal pagi semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu, Jamal Sudin, berkata kebiasaannya setiap kali air Sungai Muar pasang, rumah penduduk terdedah kepada banjir kilat.
Beliau berkata, air pasang hanya melimpah di kawasan kebun dan tidak masuk ke dalam rumah serta kering semula selepas air surut.
Bagaimanapun, katanya, air pasang berserta hujan berterusan sekarang menyebabkan beberapa rumah penduduk berdekatan sungai ditenggelami air dan masuk ke dalam rumah.
“Air pasang kebiasaannya surut selepas beberapa jam, namun sehingga lewat petang ini (semalam) air semakin naik sekali gus membimbangkan penduduk yang tinggal berdekatan sungai.
“JKKK sudah pun bersiap sedia untuk mengarahkan penduduk terbabit berpindah ke pusat pemindahan sementara jika air terus naik,” katanya ketika ditemui selepas meninjau di tempat kejadian di kampung itu di sini, semalam.
Tinjauan mendapati keseluruhan halaman beberapa rumah penduduk di kampung berkenaan ditenggelami air antara 0.3 hingga 0.35 meter dan air didapati semakin naik.
Beberapa penduduk pula memindahkan barangan elektrik ke jalan raya bagi mengelak daripada mengalami kerosakan apabila ruang dapur rumah dimasuki air.
Suri rumah, Saadiah Ahmad, 45, berkata kebiasaannya setiap kali berlaku air pasang, air tidak masuk ke dalam rumah.
Beliau berkata, bagaimanapun air pasang berserta hujan renyai yang berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan rumahnya ditenggelami air sehingga paras lutut.
“Kami sekeluarga yang bimbang gelombang banjir pertama dan kedua yang turut melanda Panchor sebelum ini berulang, bertindak memindahkan peralatan dalam rumah ke tempat selamat,” katanya yang tinggal pada jarak kira-kira 150 meter dari tebing sungai Panchor, hulu Sungai Muar dekat kampung itu.
Seorang peniaga gerai goreng pisang di tepi sungai di Pekan Panchor, Aziz Dali. 56, berkata beliau turut memindahkan peralatan perniagaannya berikutan tebing sungai berdekatan pekan itu dinaiki air tengah hari semalam.
Dan berikut adalah laporan daripada aku sendiri. ![]()
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai : Hujan yang turun berterusan selama 3 hari menyebabkan kejadian tanah runtuh berdekatan dengan Kolej Datin Sri Endon (Kolej 12). Mengikut kata Arifin atau lebih dikenali sebagai Gie, tanah runtuh dikawasan ini berlaku apabila aliran air bawah tanah yang terlalu banyak dan laju menyebabkan cengkaman tanah menjadi tidak kukuh seterusnya menyebabkan kejadian tanah runtuh ini berlaku. Beliau yang mengambil jurusan Senibina Landskap berkata,kekurangan pokok-pokok besar berakar tunjung (yang mencengkam tanah) dan pokok penutup bumi (mengurangkan kadar larian air permukaan) merupakan faktor utama kejadian tanah runtuh ini berlaku. “semasa saya balik ke kolej 17,laluan berdekatan dengan tanah runtuh terpakse ditutup kerana,jalan penuh dengan air dan tanah akibat daripada tanah runtuh tersebut” katanya lagi…





gie : 15 December 2007 at 9:19 am
dem..lightbox aku buat hal lagi…cilakak betul….
neutronics : 17 December 2007 at 4:16 am
Rumah aku banjir, di kuantan.. hehe
gie : 17 December 2007 at 1:27 pm
pahang mmg teruk kene banjir…kampung ko kene naik sampan tak..banjir yg dulu,kampung aku kene naik sampan tu kluar…aku kat utm plak…tak dapat merase…
adib. : 19 December 2007 at 5:48 pm
same la..kat kg aku pon ada hujan jugak..xde laa sampai banjir tp jalan di naiki air la..
aku nya lightbox pon bikin problem jugak ar..
gie : 21 December 2007 at 12:01 pm
tu la pasal…tension ni…dia kat main page je..kalo kat single page,ok je…aku menunggu xero ni..lame tak nampak idung…
dfebian : 23 December 2007 at 5:58 pm
perak jer panas…
gie : 23 December 2007 at 6:43 pm
ye ke…?erm…kene kaji tu sebab ape panas…