Archive for December, 2007

PIKOM PC Fair 2007 (III) - Persada Johor 15 December 2007 at 3:16 pm by gie

Persada Johor
Date : 14 - 16 December 2007
Time : 11:00 am - 9:00 pm
Venue : Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru

Aku bersama one_guy dah seorang coursemate aku pergi ke Pikom Pc Fair yang pertama kalinya diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Tgk dompet,dah nipis…bila buka,ade la 3-4 keping duit merah (rm10) :D…ingatkan taknak pergi,tapi sebab ia pertama kali buat kat sane,fikir 2 3 kali,terus pergi…Dengan menunggang motor cepai aku,vroom direct ke Persada..moto plak lame tak service,ade la gak buat hal 2-3 kali tgh jalan..time2 ni plak dia meragam…aku budget sebab naik 2 org…tu yg dia merajuk..hehe…

PC Fair kali ni mmg puas hati…besar…selesa sedikit berbanding PC Fair yang sebelom ni diadakan di City Square, JB…sesak tu mmg sesak,tapi,ok la…kalau nak ikutkan hati,mmg nak je sebat sebakul dua..tapi memikirkan aku bawa motor je,tak jadi laa… (padahal duit ade rm40 je :)) ) aku tak sempat nak membuat servey setiap unit cubic kat pameran tu,one_guy terima call urgent nak setelkan problem dia…adus…sebelom aku pulang dengan tangan kosong disamping flyers2 yang diberikan oleh promoter gerai,aku sempat menyambar 25 keping DVD…kali ini,aku menggunakan DVD keluaran Imation menggantikan DVD yang aku kerap guna keluaran EGEN. Kepada yang berada disekitar johor,baik korang pegi PC Fair kali ni. Dapatkan DVD Imation 16X DVD+R ,25 keping dengan harga RM22 …Percuma Cutie magnetic memo pad + Pen Imation dengan setiap pembelian DVD Imation. :D Lepas ni,bolehlah aku membakar koleksi cerita-cerita yang aku cari haritu.

+ Hujan..hujan..hujan… By gie 15 December 2007 at 9:12 am and have 7 Comments

Sejak seminggu dua ni,hujan turun dengan lebatnyer sehingga banyak kawasan telah dinaiki air dan ada yang terpakse berpindah kerana keadaan telah kritikal. Banjir di Pahang dikatakan paling teruk pernah berlaku berbanding banjir yang dulu. Berikut mengikut keratan akbar Harian Metro.

Bah di Pahang semakin buruk

KUANTAN: Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila 23,232 mangsa dipindahkan ke 203 pusat pemindahan di seluruh negeri sehingga petang semalam, berbanding 12,063 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, kelmarin.

Tinjauan Harian Metro bersama Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendapati keadaan air di Temerloh, Maran dan Bera tidak berubah sejak semalam.

Dalam tinjauan itu, beberapa jalan utama masih ditutup selepas dinaiki air, malah ladang kelapa sawit di beberapa daerah turut ditenggelami air.

Keadaan bertambah buruk apabila sampah-sarap bercampur longgokan kayu mula dihanyutkan arus deras yang bakal mencemarkan pemandangan selepas banjir berakhir.

Kira-kira 1,800 kilogram pelbagai barangan termasuk beras, gula dan garam serta tikar sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bera diagihkan kepada mangsa banjir.

Semua barangan itu dihantar ke Kampung Guai, Temerloh; Felda Purun dan Kuala Bera di Bera sebelum berpatah semula ke pangkalan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Indera Mahkota di sini, jam 12.45 tengah hari.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Amran Jusoh, berkata operasi menghantar bantuan itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong dan Triang.

Menurutnya, pada masa sama, pihaknya turut membantu dua pesakit yang terkandas akibat terputus hubungan di Felda Purun, Bera, pagi semalam.

Katanya, Abdul Ghani Musa, 60, yang menghidap penyakit buah pinggang dan wanita hamil, Siti Ramea’ah Othman, 24, dari Felda Purun dihantar Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) Temerloh.

Beliau berkata, perjalanan memindahkan dua pesakit itu berjalan lancar selepas dibantu Dr Sharifah Adibah Sikh Ibrahim, 26, sebelum tiba di HSAS, Temerloh.

Read the rest of this entry →

+ Mega promosi…!! By gie 14 December 2007 at 10:12 pm and have 5 Comments

Kali ini,nak bercerita tentang promosi yang dijalankan sempena tahun baru yang akan disambut tidak lama lagi…bukan promosi jualan mega kat mana2 supermarket,tetapi, tawaran yang ditawarkan oleh sesetengah pihak hosting untuk mengetengahkan khidmat mereka…aku sungguh tertarik,tetapi,akan memikirkan tawaran2 tersebut kerana ongkos didalam saku tinggal beberapa keping sahaja…kalaulah promosi ini dijalankan ketika kredit PTPTN penuh,tentu aku sambar semua sekali :D

Domain Promosi oleh Wizurai.Com

Domain murah

Murah…mmg murah…jom beli…:D Promosi hujung tahun untuk bloggers dan webmaster - Year End Sale!. Internic domain (.com, .net, .org, biz, .info) dijual pada harga RM28 setahun. Tawaran sah sehingga 31 Disember 2007. Masih ada mase ni…jom serang domain sebelom kehabisan…. Untuk Info lanjut, tekan je kat sini

Hosting Promotion pulak….

Xstudent promotion
Xtudent Hosting Plan adalah promosi terbaru olehExabytes Network kepada semua lapisan masyarakat. Dengan bayaran sebanyak rm99, pakage ini merangkumi Free domain(worth rm55), 1GB kapasiti storage dan 5GB bandwith bulanan…Untuk Info lebih lanjut, boleh tekan sini

Mercumaya
Mercumaya yang pernah dipopularkan oleh Cypherhakz juga telah melancarkan pakage S yang menawarkan 5GB storage dan 50GB bandwith bulanan dengan harga rm68, tetapi tidak termasuk Domain. Pakage ini merupakan tawaran yang mmg sememangnya murah untuk dimiliki…Untuk keterangan lebih jelas,bolehlah tekan sini dan tekan sini pulak untuk chit chat tentang promosi ini…

minipack Tidak lupa juga kepada Tuan Rumah yang mempowerkan Silentblog.Net turut mempromosikan Mini Pack kepada sesiapa sahaja. Pakej ini merupakan pakage terbaru yang dipromosikan oleh syarikat Shinjiru . Pakej ini menawarkan 10GB storage (wow,besar tu..) dan 50GB bandwith bulanan dengan harga RM99 tidak termasuk Domain . Untuk keterangan lanjut, tekan je sini dan terus mengisi borang untuk tempahan.

Banyak betul promosi…rambang mata dibuatnya…semuanye best2 belaka…ape pendapat korang tentang promosi ni…aduhai..domain aku tamat pada bulan 4 nanti…kalaulah pada masa ni,pasti aku merembat sebijik…ade ke antara korang nak belanje aku promosi ini…:D

+ Prabayar terbaru…Dari Malaysia untuk Malaysia…. By one_guy 13 December 2007 at 10:34 am and have 13 Comments

Happy

Pengenalan…

Baru-baru ni aku dapat tau ada prepaid baru untuk korang semua cuba.. Sesuai dengan trademark “Happy“, korang pasti akan happy kalau dapat try prabayar terbaru ni.. Lebih2 lagi kalau korang suka buat call ke nombor prabayar yang lain…Walaupun aku lom beli lagi simpack baru ni,tp melalui tawaran yang dibuat melalui laman webnya, seolah-olah menarik minat aku untuk cuba sama…

Menggunakan prefix 014, korang cuma perlu bayar 1 sen/saat dan maksima 99 sen/panggilan tak kira kemana-mana nombor sekalipun.. Tak cukup dgn tu, SMS cuma 10 sen/sms ke semua talian… Lebih hebat lagi, korang punya akaun akan valid selama 60 hari tak kira la korang top-up RM20 ke,RM40 ke,RM60 ke

Macam mana nak dapat ???

Senang je… Skrg ni masih di peringkat promosi.. Korang cuma order dari internet dan simpack tu akan dihantar terus ke pintu rumah korang dgn FREE (delivery) je.. Tp korang kena la bayar RM5 untuk beli starter pack tu..

Ada gak dieorang buat roadshow di cawangan-cawangan Giant yang terpilih.. So,check la kat website di bawah ni untuk tau bila roadshow tu sampai ke tempat korang..

Untuk maklumat lanjut,sila layari laman web www.happy.com.my

Source : Lowyat.net

Entry Serupa di Azlina.Net | Pixyflick.Com | MohdIsmail blog

+ Autorun Eater V2 By gie 13 December 2007 at 9:33 am and have 6 Comments

Lame giler tak buat sofware review..kali ni aku nak berkongsi dengan korang sofware yg aku gunekan..mesti ramai yg tak tau bende ni,sebab banyak lagi alternatif lain untuk menyelesaikan masalah seperti ni….jom…kita kenal bende ni..

Autorun Eater v2 (pemakan autorun)

Autorun Eater

Pemakan Autorun ni bukan Antivirus…!!so,korang kene gak install antivirus..bende ni bekerjsama dengan antivirus korang…mudah je nak gune..install,pastu run…setel kan…?camne dia berfungsi…

pernah dengar “antorun.inf” …mesti selalu kan…salu malware akan masuk menggunakan teknik ni tuk menyerang…kalau org tak tau bende tu,main double click je..tu yg kene….lagi2 dalam pendrive…kekadang kalo student ni,main beduk je double klik..kononnyer nak cepat…bile dah kene,baru menyesal…bagi yg tau bende “autorun.inf” ni,salu gune teknik,“right click,pastu explore”..tapi,sampai bile korang nak gune teknik camtu…baik kita delete je file “autorun.inf” tu..bagi kambing kita makan…kenyang dia…:lol: pastikan bende ni dah run…kalo blom..Right Click menu dia (kat task bar bawah,belah kanan).pastu pilih Start

Korang buat camni je…praktikkan selalu
1. masuk pendrive…biar dalam 10 saat…kalau ade malware,kambing akan makan siap2…kalo dia makan,akan kuar la popup dia cakap nak makan….hehe
2.lepas dah kuar bende tu,pegi scan korangnyer pendrive dengan Antivirus yg korang pakai….
3. buat je camni selalu.. Insyaallah pc korang selamat…

Ade lagi ni…

“Folder Options aku hilang”

camne nak tgk…?pegi My Computer,pastu tekan Tools kat atas tu..kat menu paling bawah,ade Folder Options…sape2 yg terkene brontox(salunyer sebab virus ni…),mesti folder option ni ilang…mane pegi…?malware atau virus ni telah disable funtion dia…kalau yg expert,dia ble enable balik…tapi,kalo yg tak tau,install je bende ni…mudah…nak gune..? Right Click kat menu,pilih Registry Fix pilih Fix Folder Options

Ade lagi ni…

“Task Manager has been disabled by your administrator”

selalu kita gune task manager tuk memberhentikan program yang hang,saje2 nak tgk CPU usage…tetiba je korang dapat error kat atas tu..malware dah masuk la tu…camne nak tgk Task Manager ni..? tekan button Ctrl + Alt + Delete secara serentak atau tekan Ctrl + Shift + Esc secara serentak….camne plak nak setelkan masalah ni..?korang install,buat je camni…Right Click kat menu,pilih Registry Fix pilih Fix Task Manager..setel satu masalah lagi…

Bende ni boleh gak Fix Regedit sekirangan malware telah masuk…

Nak Download..?

Sofware ni telah disahihkan bebas dari sebarang Malware dan selamat digunakan oleh Softmedia.com

Download

atau amik kat bawah ni…

Download

Atau

Download Here

Atau

Download Here

Yang paling penting…sofware ni FREE..!! ..dah la best,free plak tu…

Sumber Utama Oldmcdonald Farm