Advertlets + PTPTN By gie 05 January 2008 at 8:13 pm and have

Advertlets
Dulu, Cypherhackz pernah mengutarakan tentang pentingnya memperbaharui Domain sendiri, lagi-lagi apabila hampir tamat tempohnya… Oleh itu, kita perlulah membuat sedikit notis supaya domain kita tidak tamat tempoh dan berjalan seperti biasa… Mungkin tidak percaya, Advertlets yang terkenal dengan Local Blog Ads Network yang kedua di Malaysia, menerima page index seperti gambar diatas. Mungkin atas-atas sebab tertentu yang menyebabkan kejadian sedemikian rupa. Perkara ini diberitahu oleh bro Zul ketika bersembang dengannyamenggunakan Google Talk. Pada mulanya,saya melayari Advertlets seperti biasa, mungkin disebabkan cookies dan cache yang tersimpan didalam Firefox Xp dan ketika menulis artikel ini barulah dapat melihat sendiri perkara tersebut kerana menggunakan Ubuntu yang baru dipasang. Semoga cepat memperbaharui - Advertlets.

PTPTN
Belajar di Institusi Pengajian Tinggi,tidak akan berjauhan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), begitu juga dengan saya. Semester ini memang mencabar kewibawaan saya selaku pelajar IPTA. Pada mulanya, berita kemasukan duit untuk Kampus Induk UTM,pada 17 Januari,tetapi dipercepatkan pada 4 Januari 2008 … Masa itu,perasaan gembira berikutan duit nak masuk (siapa yang tak suka) ,ditambah pula desas desus sebahagian pelajar telah dimasukkan awal iaitu 3 januari… Dalam fikiran,hendak beli macam-macam… Tunggu punya tunggu,dapat berita pula dilanjutkan tempoh tersebut pada 5 Januari.. terus tertekan.. dah harini, bila melewati ATM, didapati jumlah akaun hanya rm 15.06 sen… hendak bertanya kepada pihak bendahari UTM, tutup pula berikutan sektor kerajaan bercuti pada hari sabtu dan ahad…bertambah tension … Seperti dipermain2kan..memang tak berpuas hati…kalaulah hendak ditahan akaun,baik semua sekali…takdela rase sifat cemburu itu keluar…bengang dan terus bengang….Berikut adalah catuan duit PTPTN untuk semester ini…

Baki selepas potongan yuran dan hal-hal dalam kampus
=RM2000

Rancangan penggunaan Duit PTPTN
Gem = RM500
hosting dan Domain =Rm200
Tiket ke Indonesia = Rm400
Degree ++ = Rm200
Barang PC = Rm200
Barang Keperluan diri = Rm200
Printing + alat blajar = Rm100
Ekspidisi = Rm200

Jumlah Keseluruhan = Rm2000

jumlah duit poket
= Rm2000 - Rm2000 = Rm0

tiada duit poket,duit untuk makan sepanjang sem (4 Bulan) …nampaknya,terpakse meminta biasiswa daripada PaMa (papa dan mama) :(

Add comment

11 responses : “ Advertlets + PTPTN ”

  1. 1
    CypherHackz :

    Thanks for the link. Muhahaha… Tahu pun korang betapa pentingnya renew domain nih. Ish3.

    Tu pun nasib baik takde orang nak terus beli domain advertlets tu. Kalau tak, tak ke naye je.

    Btw apa da duit habis sampai RM500 just untuk game. Ish3.

  2. 2
    gie :

    #cypherhackz kau belom tau lagi…sebab tu ko ble cakap ish3 :p nantikan entri seterusnyer….uiks…ubuntu terus…aku pun same :D

  3. 3
    Advertlets should read my post at CypherHackz.Net :

    [...] Image from Silentblog [...]

  4. 4
    emptyspace :

    utk gem? gem tu game ke? byknye sampai 500? gem ape tu?

  5. 5
    gie :

    #emptyspace wah..teruja aku tuk menulis entry seterusnya….hehehe :D tak banyak pun gem yg aku beli…sikit je…tapi,berbaloi la dengan harge tu….

  6. 6
    Adlina :

    Dan domain Advertlets kembali semula ke page ‘expired’ tu pukul 11.25pm tadi…Sesuka ati je redirect page orang ke mane tah. Serius, diorang kene tukar scripting ads code diorang. Banyak sangat masalah…

  7. 7
    gie :

    #adlina hurm…ade sebab2 tertentu kot..atau busy….tapi,sampai redirect page org tu yg tak tahan..kalau tak ok,tukar je…kita tunggu jawapan dari pihak diaorg

  8. 8
    shadowX_19 :

    uik.. game ape ko nak beli..? PSP ke?

  9. 9
    » Gem RM500 = Awek Jepun Silent Blogger V2: Just another WordPress weblog :

    [...] 6Jan Jeng jeng jeng….saje buat kejutan…Sebelum ni,saya pernah menyatakan dimana duit PTPTN yang saya akan terima akan digunakan untuk tujuan tertentu, dan salah satu daripadanya saya [...]

  10. 10
    gie :

    #shadow kantoi…hahaha….

  11. 11
    Azhar Ahmad :

    Saya dulu panggil Mbf (Mak bapak finance)

    Wehhh, nak gi Indon, bila tu…. takleh numpang2 ke?

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>