Jeng jeng jeng….saje buat kejutan…Sebelum ni,saya pernah menyatakan dimana duit PTPTN yang saya akan terima akan digunakan untuk tujuan tertentu, dan salah satu daripadanya saya meletakkan harga rm500 untuk gem… ada dikalangan rakan blogger yang mengatakan “Btw apa da duit habis sampai RM500 just untuk game. Ish3.” dan “utk gem? gem tu game ke? byknye sampai 500? gem ape tu?”
…sebenarnya,saya ingin memasukkan sekali dalam artikel yang lepas,tetapi atas2 sebab yang tidak dapat dielakkan,saya menunda untuk membuat artikel baru mengenai perkara ini… Saya mengucapkan tahniah kepada ShadowX_19 kerana telah berjaya menekanya…Perkara ini pernah ditulis oleh Emptyspace dan bat suatu ketika dulu,tatpi sekarang, ia sudah menjadi wishlist saya (gune perkataan yang sama )
Read the rest of this entry →
Archive for January, 2008
Gem RM500 = Awek Jepun 06 January 2008 at 1:04 am by gie
+ Advertlets + PTPTN By gie 05 January 2008 at 8:13 pm and have 11 Comments

Dulu, Cypherhackz pernah mengutarakan tentang pentingnya memperbaharui Domain sendiri, lagi-lagi apabila hampir tamat tempohnya… Oleh itu, kita perlulah membuat sedikit notis supaya domain kita tidak tamat tempoh dan berjalan seperti biasa… Mungkin tidak percaya, Advertlets yang terkenal dengan Local Blog Ads Network yang kedua di Malaysia, menerima page index seperti gambar diatas. Mungkin atas-atas sebab tertentu yang menyebabkan kejadian sedemikian rupa. Perkara ini diberitahu oleh bro Zul ketika bersembang dengannyamenggunakan Google Talk. Pada mulanya,saya melayari Advertlets seperti biasa, mungkin disebabkan cookies dan cache yang tersimpan didalam Firefox Xp dan ketika menulis artikel ini barulah dapat melihat sendiri perkara tersebut kerana menggunakan Ubuntu yang baru dipasang. Semoga cepat memperbaharui - Advertlets.
Read the rest of this entry →
+ Tag : Tambah linkback blog By gie 05 January 2008 at 12:16 pm and have 7 Comments
Salam semua…Saya rase telah berkurun lamanya Blog ini tidak di’tag’ oleh blogger - blogger lain…Ingatkan,permainan ini telah dilupakan… Pagi tadi, saya menerima komen oleh bro Zul yang menyarankan saya untuk pergi ke blog beliau untuk mengambil sedikit hadiah…
…aduh…berikut adalah syarat dan tujuan permainan ini dilakukan….
Oleh kerana tiada nama yang khas untuk permainan ini,anda berhak untuk member apa-apa nama,asalkan syarat syarat dia dipenuhi
Tujuan..
Kepada yang mementingkan traffic atau linkback ke blog mereka, permainan ini sedikit sebanyak membantu untuk meningkatkan ranking di Technorati, Google page rank, Alexa rank dan sebagainya….menurut kata bro zul, ” dengan hanya satu entry anda boleh mengandakan pendapatan anda berlipat ganda” …disini juga,anda berpeluang menjana komuniti dan menambah rakan-rakan…bagus bukanSyarat-syarat penyertaan…
1. Mestilah yang terkena Tag.. (senarai dibawah)
2. Listkan senarai link tag yang tersedia ada…
3. Tambah 5 link (tag) anda…
mudah kan…?
List Tag Sekarang….
1.The Strategist Notebook
2.Link Addiction
3.Ardour of the Heart
4.When Life Becomes a Book
5.The Malaysian Life
6.Yogatta.com
7.What goes under the sun
8.Ubuntu For Malaysian
9.Arsenal Malaysia
10. Malaysian Computer Technical Blog
11.TeqEdge
12.Qubix Blog
13.Silent Blogger (blog saya)
14.Senyuman Sedekah
15.Teranung.blogspot
16.Aku tetap aku
17.Taszara.com
Mereka yang bertuah..
18. Blogaku.net (datmabh domain lagi ye..? )
19. Harubiru (wei,aku ade projek tuk ko)
20. Teratak Nurani
21. Rasso (lama tidak berupdate,ade kerja tuk anda)
22. Azmie (lama tidak bertandang ya..? )
+ Teman Baru By gie 04 January 2008 at 7:00 pm and have 13 Comments
Selamat tahun baru kepada pengunjung setia Silentblog.net …saya memohon maaf sekiranya telah lama tidak memperbaharui artikel - artikel didalam blog ini…ini berikutan,tiada bahan yang hendak diutarakan serta sibuk bersama teman baru saya…Sebenarnya,telah lama saya memendam perasaan terhadap si dia,tetapi tidak berupaya untuk meluahkan… Mungkin saya mempunyai alasan tersendiri untuk bertindak demikian…. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada bro zul kerana memberi semangat untuk terus mendapatkan si dia…
Terima kasih…Baiklah..saya perkenalkan kepada kalian semua….
Read the rest of this entry →
+ hangat..hangat… By gie 01 January 2008 at 7:23 pm and have 2 Comments
“sayalah orangnya dalam pita seks” kata Chua Soi Lek01/01/2008 6:46:39 p.m.
LABIS 1 Jan — Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengakui bahawa beliaulah orangnya dalam pita yang merakamkan aksi hubungan seks bersama seorang wanita, dengan salinannya diedarkan secara meluas di Johor.
Di sebalik pengakuan itu, Dr Chua menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.
Sambil membaca kenyataan yang disediakan pada sidang akhbar yang diadakan di pejabat MCA Labis di sini, menteri itu menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.
Katanya, beliau bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bagi memberikan sendiri penjelasan dan memohon maaf kepada Perdana Menteri.
Dr Chua berkata, beliau turut berjumpa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berhubung perkara itu.
“Apa yang paling penting ialah keluarga, isteri dan anak saya telahpun menerima permohonan maaf saya,” katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak, yang turut dihadiri para penyokongnya.
Beliau merayu kepada media supaya memberikan ruang kepada keluarganya semasa mengharungi saat-saat yang getir ini.
Sambil menegaskan bahawa rakaman pita berkenaan bukan dibuat oleh beliau sendiri, Dr Chua berkata, pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas.
Beliau, bagaimanapun enggas mengulas lanjut.
Dr Chua memanjangkan permohonan maaf kepada rakan sejawatan, penyokong dan semua rakyat Malaysia.
“Saya juga ingin mengucapkan teirma kasih kepada mereka kerana keprihatinan dan sokongan menerusi panggilan telefon serta SMS,” katanya.
Ditanya pemberita mengenai tindakan selanjutnya, Dr Chua berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
“Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat. Saya sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membuat laporan polis tetapi polis sudahpun memulakan penyiasatan,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai kedudukanya dalam kerajaan, Dr Chua berkata:
“Saya berkhidmat atas kehendak Perdana Menteri.”
“Saya tidak akan membiarkan orang (lain) untuk mengancam atau menghalang tugas saya.”
Dr Chua berkata, beliau mendapat tahu mengenai rakaman itu Ahad lepas apabila seorang rakan memberikannya salinan cakera video itu.
Menteri itu berkata, segala-galanya seperti biasa baginya dan beliau akan meneruskan tugas sebagai menteri Kabinet dan di dalam MCA.
Dr Chua, yang kelihatan tenang sepanjang sidang akhbar itu, menghadiri satu majlis di Hospital Segamat sebelum berjumpa pihak media, yang disusuli dengan perjumpaan bersama masyarakat India di Labis.
Sebaik sahaja selesai sidang akhbar itu, Pengerusi MCA Bahagian Labis Tan Kok Hong berkata anggota parti bahagian berkenaan akan menyokong Dr Chua sebagai Anggota Parlimen Labis.
“Kami akan memberikan beliau sokongan agar terus menjadi calon di Labis,” katanya.
Dr Chua, yang juga Pengerusi MCA Johor, mempertahankan kerusi Parlimen Labis untuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2004 setelah menewaskan calon DAP, Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi.
Chua memperoleh 16,469 undi manakala Tee mendapat 5,740 undi. Sebelum itu, kerusi Parlimen Labis disandang bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.- Bernama
Sumber : Utusan Malaysia
