Archive for February, 2008

DSLR : which one da best..!! 09 February 2008 at 12:40 pm by gie

dslr

Argh..!! gila sekejap ketika membuat pilihan dslr yang hendak ku rampas sebagai gadget terbaru aku…cukup pening apabila membuat perbandingan antara dslr..semua org pun tahu,kita perlu membuat sedikit kajian terhadap barang yang hendak dimiliki,terutamanya kegunaan,keselesaan dah kemesrapenggunaan, brand (sesetengah orang) dan tidak lupa juga harga (budget)…pening mencari senarai harga pasaran setempat (market price untuk dslr)….terpakse aku bersengkang mata mencari info-info tentang harga tetapi akhirnya menemui jalan buntu…tak jumpe senarai harga penuh untuk dslr…sape2 yang ade info tentang senarai harga dan kedai yang menawarkan harga yang berpatutan,diharap boleh berkongsi disini…aku memerlukannya untuk meneruskan membuat kertas kerja susulan,atau laporan tentang gadget terbaru itu…

“ko gila ke tetiba je nak dslr ni”

hurm…Sebenarnya,aku tak terpk pun nak mengkaji lebih dalam tentang dslr ni…sebelom ni, fahmishah ade menyatakan keinginannya untuk memiliki sebijik dslr berdasarkan minat beliau dalam bidang fotografi…Aku pula??Baiklah,aku ceritakan jalan cerita sehinggalah terbukanya pintu hati aku mencari dslr ni…

Sejarah Hidup aku dan SLR/DSLR
Aku sebenarnya mmg meminati bidang fotografi sejak dibangku sekolah lagi,tetapi disekat kerana sebab-sebab tertentu…slr pertama aku pegang,ketika di tingkatan 4,ketika salah seorang budak dorm aku mengeluarkan sebijik kamera oylmpus (tak ingat model ape) dari loker…perasaan hendak memiliki tu terlalu jauh,kerana,aku bukan jenis berwang..hanya impian aku bina selama ini….ketika aku di matrikulasi,langsung tidak berupaya untuk mendekati perkembangan slr ini…sedih gak…

Aku bersyukur,kerana dapat masuk ke UTM ni…tahun pertama,aku dikejutkan dengan satu kelab yang sangat aktif iaitu Kelab Fotokreatif UTM,dimana kelab ini diberi mandat untuk mengambil gambar tahunan konvokesyen….wow…aku mendaftar sebagai ahli baru untuk kelab tersebut…terima kasih tidak terhingga kepada KFK sebab mengajar aku tentang slr kamera walaupun aku noob gila tentang slr…diberi kelas bimbingan oleh salah seorang ahli kelab tersebut yang mempunyai banyak pengalaman dan tips2 dalam bidang fotografi….Perkenalkan,sifu aku Azril Hafiz,sebab dia yang handle group aku mase tu…mmg teruja dengan slr kamera ni tetapi sekali lagi hajat aku tidak kesampaian sebab tak dapat join practical fotografi kat Cameron Highland..Selepas itu, hubungan aku dengan KFK semakin jauh…Tahun 2 di UTM pun kelihatan hambar sebab aku tidak berupaya meluangkan masa dengan KFK dah semakin ketinggalan…aku seperti berputus asa….

Tahun 3
di UTM,aku dikejutkan sekali lagi apabila diberi kepercayaan oleh Hurriyah (cik yah) untuk join Unit Pengambilan Gambar Graduan tuk Konvokesyen ke 38…tapi,mase tu,aku diambil sebagai videoman..tak kisah la…sambil2 tu,aku mempelajari balik asas2 slr…(mencari semangat yang pudar) dan juga dslrAlhamdulillah…semuanya berjalan dengan baik dah aku dapat join Praktikal di Langkawi…Setelah banyak kenangan manis aku lalui dengan KFK, aku terpaksa berundur diri dari kelab KFK berikutan kesibukan yang melanda diri…aku rindu saat manis aku dengan KFK…Sehingga kini,aku tak dapat nak lepak sane n ramai dah budak2 baru yang aku tak kenal…tak kisahlah..janji kelab tu havoc n da best…aku still contact dengan dak lama yang banyak mengajar aku… :D

Lari tajuk pulak..!!
Aduhai…lari tajuk aku…kisah hidup plak yang aku highlightkan…Berbalik kepada tajuk atas atas,aku nak minta pendapat korang tentang kamera yang paling disyorkan tak kisahlah untuk aku,ataupun untuk org lain….mungkin ramai mempunyai pendapat tersendiri….Aku membuat sedikit pembacaan di forum Lowyat dan mempunyai sedikit input tentang dslr yang terkini…untuk peringkat beginner photographer, menurut perbandingan antara Nikon D40, Canon Eos 350D dengan Sony Alpha A200, ramai yang mengundi Sony Alpha A200 adalah permulaan yang bagus untuk entry level photographer….Aku memerlukan sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk memberi sedikit komen tentang perbandingan yang dibuat…diharap,dia dapat membantu,aku dan ramai rakan-rakan yang ingin memulakan hidup baru sebagai photographer…juga kalau ade komen tentang kelas semi pro dimana gadjet yang bertanding ialah Nikon D80 dengan Canon Eos 40D..mana lagi best…??

+ Diriku semakin berusia By gie 06 February 2008 at 1:32 am and have 28 Comments

Besday

Tepat jam 12.00am, 06 Februari 2008, genaplah usia 23 tahun…. “dah besar panjang ko gie” kataku berseorangan….kalaulah org lain,mesti nset penuh deringan,sms masuk tak henti-henti…aku…?seperti tahun-tahun lepas, takde perkara yang menarik untuk dikongsi…seperti malam2 sebelum ni…sama ja..tidak perubahan…ada 4 kali nset aku berbunyi,menandakan ada sms aku terima…Alhamdulillah…ada juga org yang ingat kat aku… :) petang tadi,aku telah menelefon bonda aku dikampung…asyik bergayut,sampai tak ingat dunia..ye laa…lama tul tak borak… :p …sebelum memutuskan talian,sempat bonda aku bertanya…

“besday abg ipin esok kan..?abg ipin balik khamis kan..?tunggu abg ipin balik je la ye,baru sambut”

kesian bonda aku…mesti dia dah plan apa2 untuk sambut harijadi anaknya…aku pula,masih berada di UTM,untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh….sedihnya…terase nak balik umah je skang…Rindu kat masakan bonda aku ni…Hurm…nampaknya,kakak aku pun dah terlupa akan tarikh ini….mungkin serik sebab sejak 2 tahun lepas,dia terwish awal seminggu….tergelak aku bila mengenangkan detik2 itu…hehe…erm..okla…kita tunggu esok….apa pula kisahnya….

+ TV-Series : Prison Break - Under and Out By gie 05 February 2008 at 7:53 pm and have 7 Comments

pbepi11

Title: Under and Out
Episode Number: 55
Season: 3
Season Episode #.: 11
Original Airdate: Monday February 04th, 2008
Summary:
Lechero, Whistler, Mahone, Bellick and T-Bag all decide to follow Michael when he begins again to tunnel out of Sona, but working as a team may be a problem. Linc and Sucre assist when the weather causes some last minute changes in their plans. Back in Panama City, Sucre is threatened by Susan B. with the worst thing imaginable. She also longs to see Sofia again.

Sorry for late updating this series…almost forget the time schedule of this series…didn’t feel well…hope this series became more exciting :D ..

Download Link
1. Netload (always recommended)

2. Megashares

3. Sendspace

4. Sharedzilla

5. Eatlime

6. Yastorage

+ Tag : 8 pula dari harubiru By gie 04 February 2008 at 6:18 pm and have 27 Comments

8

8 kali ni bukan promosi 8pax yang aku ceritakan pada artikel lepas…tapi,ia merupakan permaianan para blogger atau webmaster ketika mempunyai masa yang sangat lapang.. :DTag kali ini datangnya dari ShadowX_19 (dia tag,tapi tak bagitau pun org yg ditag…lupe baca syarat dia ke…? :p ) …

The Rulez
1. Link to your tagger and post these rules. (kau akan terima Pingback dari aku)
2. List eight (8) random facts about yourself. (kat bawah..lari lari..~~)
3. Tag eight people at the end of this post and list their names. (jaga ko,sape yg kena)
4. Let them know they’ve been tagged by leaving them a comment on their blogs (nantikan kedatangan aku)

8 Perkara tentang aku
1. Merupakan anak ke-2 dari 4 adik beradik…anak lelaki sulung…sorg akak dan 2 org adik lelaki…Sgt suka masakan emak..sumer sekali :D . Menetap di Muar bersama keluarga.

2. Pelajar tahun akhir dalam Sarjana Muda Senibina Landskap di Universiti Teknologi Malaysia. (Insyaallah) . Penghuni tetap B07 (studio kat Fakulti Alam Bina, FAB), walaupun telah mempunyai bilik sendiri di XC1 605, Kolej 17. :D

3. Peminat tegar TV Series seperti Prison Break, Heroes, Supernatural, Smallville, Dexter, Bionic Women, Dunia Baru, kami dan sebagainya. Sanggup menghabiskan masa terluang dengan menonton cerita2 ini,walaupun mempunyai kerja yang bertingkat-tingkat…

4. Kalau shadow sukar untuk tdo,aku pula sebaliknya…Aku boleh stay up lama ke pagi,tapi,bile tiba waktunya,aku akan tdo dan ianya mengambil masa tidak lama…sorongkan je bantal,tak sampai 30 saat,aku dah hanyut…mungkin sebab penat,tapi,ramai yang mengatakan aku ni nobita….

5. Pendownload tegar…haha…harddisk 300GB (maxtor) + 160GB (hitachi) + 30GB (external hdd, hitachi) + 1GB kingstone pendrive,sumer dah nak penuh dengan stuff2 yang aku download…movie, tv-series, software, OS, dan memacam lagi… Koleksi DVD yang aku burn telah mencecah 300+ keping…bukan CD

6. Mempunyai gadjet yang banyak menghiburkan aku seperti sebijik PSP (sekend je,bercadang nak sambar sebijik lagi jenis slim), 2 nset (satu nokia 3230 yang dibeli kat azmie , satu lagi,curi adik aku punye ), Sebijik lattop acer dah kene curi :( , sebijik PC (teman hidup aku sekarang), tidak berjam tangan dan bercadang untuk memiliki DSLR (aku pun minat fotografi)dan Video Cam…menggunakan motor kepunyaan mak aku untuk ke kelas dan tidak bercadang lagi untuk memiliki kereta…(tunggu aku kerja)

7. Seorang pendiam, low profile, dah suka lepak sorang-sorang…ambil masa untuk mengenali seseorang dan jenis yg mudah percaya kat org (bahaya tabiat ni,perlu ubah) …Semakin membesar bagai johan… (naik medadak ni) tak tau ape punca… cepat sensitif sejak dua menjak ni..mungkin sebab usia semakin tua… suka bila ade aktiviti berbentuk kemasyarakatan/komuniti… suka windows shoping…hahaha….

8. Single n avaiable..tak boleh komen panjang…mmmm

Sedikit sebanyak tentang aku,dan dibawah ni adalah pemenang bertuah
1. Syia (aritu aku nampak dia intai blog ni…hehe)
2. Melayubuntu (nak dengar plak cerita dari Jepon)
3. Dfebian (satu2nya anak buah silentblog)
4. Epan (dalam senyap2,nk berblog semula :) )
5. Mira (dengar cerita dari Indon plak)
6. Rasso (balik Maskara,ade kerta tambahan tuk ko )
7. Skyati (kak,bile balik umah..? )
8. reserve… (sape nak,pm ye :p )

+ Xpax dan aku By gie 04 February 2008 at 3:59 pm and have 3 Comments

xpax

Ketika aku bersama seorang rakan studio menikmati hidangan tengah hari kat CP (salah sebuah kedai makan kat dalam UTM), tetiba “tut tut” nset menarima sms…lalu aku mencapai nset tersebut dan membukanya….

Bonus Hari Jadi : Jawab BDAY YA sblm tarikh hari lahir anda untuk menikmati 7 hari PERCUMA pggln/SMS ke no. 8pax. Pastikan akaun anda aktif & 8pax tlh diaktifkan.

huh…?besday aku dah nak sampai ke…?kepala sibuk memikirkan kerja yang akan disubmit naik cuti raya cina,sampai terlupa besday sendiri…aduhai….pantang dengan promosi, terus menaip BDAY YA dan hantar ke 28882. Tidak sampai seminit pun, nset berbunyi lagi….

Bonus Hari Jadi : Terima Kasih! Nantikan ganjaran 7 Hari PERCUMA panggilan /SMS ke no 8pax setelah anda menerima mesej bonus pada harijadi anda.

Setelah selesai hidangan kami,aku terus menuju ke studio untuk mencari sedikit maklumat tentang 8pax ni… sebenarnya,aku tak pernah aktifkan pun 8pax ni sebab pakage xpax aku gunakan adalah campus edition:p call mmg dah 15sen/min to any network..sebab tu aku tak amik tau sebelom ni…Oleh kerana dah promosi 7 hari PERCUMA, aku pun mencari maklumat tersebut… :D

Aku terjumpa cara Aktifkan 8pax di Azriaziz yahoo blog ..Caranya mudah je..sape2 yang belom aktifkan,bolehlah berbuat demikian….
1. Keypad kan nset anda dengan “8pax on” dah hantarkan ke “28882″ …beberapa saat kemudian,anda akan menerima msg berikut

T/kasih krn mengaktifkan8pax.Anda kini boleh daftarkan 8 nombor 013,019, atau PSTN Telekom. Utk daftar no, htr 8pax ADD ke 28882.

2. Nak tambah no, dah diberi dalam keterangan diatas…so,ikut je…mudah kan… :)

Setakat ni,aku baru daftarkan untuk 2 no dari 8 no 8pax aku..masih ade 6 kekosongan…sesiapa yang terase nak aku call,sila2 la tinggalkan pesanan kat bawah beserta dengan no tel sekali ye :p…24 jam pun boleh :D..Senarai no terpilih
1. 0139693941 (no ayah aku)
2. 069728080 (no umah,nak call mak aku)
3. **********
4. **********
5. **********
6. **********
7. **********
8. **********

Kakak aku tidak tersenarai dalam list diatas kerana dia pengguna tegar DIGI…aku pulak pengguna tegar MAXIS….Celcom pula sebagai Line ke-2… :D

Terlanjur dengan artikel ni,aku sertakan promosi XPAX yang korang boleh dapat di SINI. Antara promosi yang dijalankan adalah seperti berikut
1. 3000 Free SMS
2. Free 50 SMS!
3. Win F1 Ticket
4. 1 + 3 Plan
5. Reload & Win
6. Who Says
7. 1 Sen/ SMS Revolution
8. XL Airport Asistance