Archive for ‘ MyCampus

Honeymoon ke Jakarta 06 May 2008 at 6:20 pm by gie

hamik ko tajuk entri…hehe….ok…kali ni,entri paling ringkas aku buat…hurm…aku akan bertolak ke Jakarta jap lagi… kul 9malam (6 Mei 2008) bersama 19 orang lagi…aku sempat menjemput Rasso untuk mengikuti trip ke indon ni…kami dijangka pulang pada 10 mei 2008…nantikan kepulangan aku dengan membawa seribu erti perjalanan…

Pst : maaf laa…aku tak sempat nak intro kat korang Bini baru aku (D80) sedih gile….) takpe,entri akan datang,aku buat paling panjang tuk korang…
Pst 2 : Mira,nanti blanje makan ye kat sane…tunggu i telefon ye…

+ Trip to Taman Negara By gie 01 May 2008 at 11:45 am and have 18 Comments

Selamat Hari Buruh Semua..!!Mulakan hari bercuti korang dengan senyuman… :) …ape kes silentblog.net ni…lame betul tak update…bulan 4 yang lepas,banyak betul komitmen yg nak diuruskan…tensi betol…lame tak menaip,rase kekok plak…aku mulakan cerita sempena ketiadaan aku disini….

Bercuti ke ape ni..?


tread mark trip aku..!!
Terus kepada agenda..aku ringkaskan…

Tajuk : Ekspedisi Gunung Tahan
Tempat: Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang
Tarikh : 25-28 April 2008
Anggota : 32 Pelajar, 1 Lecturer, 1 Guest
Aktiviti : Camping, Gua Telinga, perkampungan org asli, Lata berkoh, Canopy Walk

25 & 26 April 2008

23 april, Viva aku…pastu 24 april ade plak external exam…mengetest produk UTM boleh compete kat luar atau tak….pastu, 25 april ade satu paper..hampeh gile…tdo tak cukup,ade plak test..jawab merapu je…doa2 dapat ok….petang tu,sibuk mengemas barang nak pegi…buat tag nama,persiapan lain-lain…packing2,terus naik bas…bile bas bergerak,pergh…tuala tertinggal…hampeh gile kerja tergesa-gesa ni..sumer tak jadi…terus tdo….

Solat subuh dah dekat dengan Kuala Tahan..nyenyak gile tdo…Sejam perjalanan,sampailah kiteorg kat kaki Gunung Tahan…Register sumer ahli kat Taman Negara, terus bergerak ke tapak khemah…dengar sedikit briefing,terus mendirikan khemah….

Selepas tu, sumer berehat untuk aktiviti petang…Pkul 2 petang,semua berkumpul untuk jelajah Gua Telinga…Trackking sekejap je…


Semua berjalan dengan selamat..ceria…pendek je jalan dalam gua telinga tu…tak puas jelajah,dah sampai ke hujung…selepas tu,kiteorg singgah ke perkampungan orang asli…layanan baik kami terima walaupun,ade sedikit rasa tidak selesa…bukan apa..itu ini,cerita keras n memacam lagi dah aku dengar…gerun sekejap bila berada disitu…antara yang menarik adalah menghidupkan api tanpa menggunakan lighter dan menyumpit (bukan merempit)…


Tetamu ekspedisi membuat sumpitan maut…!!
Malam pula aktiviti bebas…aku,tgk bola..Chelsea vs MU …kes kes…camping kat tepi taman negara,fasiliti sumer lengkap…Gunakan je laa…
Read the rest of this entry →

+ Kemana kau menghilang…? By gie 19 April 2008 at 2:23 pm and have 19 Comments

kemana menghilang
sekadar gambar hiasan

Episode baru smallville season 7…kali ni, Lionel Luthor plak mati protect rahsia Clark Kent…demmit son…tak mengenang bapak betul….sape nak,boleh la download citer ni..pastu korang tgk laa…link superb..sape cepat,dia dapat…cerita ni tiada kaitan dengan aku eh…berbalik kepada tajuk asal…

Mane kau menghilang..?
sedih betul…aku sibuk yg amat menyiapkan final projek aku…demmit…tu pun tak cukup masa…tido dah tak keruan..cam burung hantu pun ade gak…kebanyakkan kerja aku buat lewat pagi…haih…semalam aku submit kerja…18 A1 saiz drawing dah submit…skang tunggu giliran nak present plak…sinopsis projek dah kluar…aku kene present hari terakhir…sekali lagi demmit..aku nak hari 1st…habistu terus merdeka…tapi,apekan daya…dah tu yg fakulti tetapkan…akur….

Ape cerita sebelom ni…?
sebenarnya banyak perkara yang nak dipercakapkan,tapi,ketidaksempatan aku menulis entri,aku ringkaskan sumer sekali…
1. Kisah Kancil yang gagah berani…..
Pernah dulu,aku bercerita kat sesetengah org,yang aku akan menerima sebijik kereta dari bapak aku….syukur..mase tgh sibuk2 dengan kerja,ayah aku suh balik ke rumah,amik kerete sekend wira kepunyaan isteri bos pakcik aku dengan harga yang agak murah…tapi,selepas berunding sumer,rupenyer kete tu uzur gile…takut tak lepas PUSPAKOM (nak tukar name),pemilik tersebut gune tektik pintu belakang..dem..rasuah…bapak aku mmg anti,terus tak jadi amik…peduli la ko…kete buruk…terkilan dengan insiden itu,terus bapak aku bawa ke kedai sekend kete kat bukit gambir…terus cari kete…memula,dah nak amik satria yang terpacul ke depan kedai tu…runding2, 18k kete tahun 2002…kire2 balik…banyak gak tu…kakak aku baru je dapat kete sekend last month…dia nyer je dah makan rm5 rat sebulan…kalau tambah aku nyer, 1k kene belanje tuk 2 bijik kete…last2… “bah…amik kete kancil ni je laa..nanti ipin dah kerje,amik la bmw terus” …syukur…kete kancil tu jadi milik aku…dan,tak perlu bayah bulan2 dan..tukar name terus….jom ronggeng…haha…sekarang,kete kancil menjadi Gadget terbaru aku…tak termasuk pun dalam wishlist aku,tapi, org memberi,kita menerima…ye tak..? :) thanks to bapak aku..bah,ipin nak modified sikit boleh…kasi cun2 sket je.. :D

2. Bukan mudah nak jadi Pegawai…
Aku merima surat untk menghadiri peperiksaan khas Gred 41..nasib baik tempat peperiksaan tu tak jauh dari tempat aku blajar…lokasi peperiksaan di dewan sekolah menengah teknik perdagangan, JB..banyak gile paper…ade 5 paper sumer…start dari kul 9.30 pagi hingga 4.00 petang 20 mac 2008…aku rase,mmg kantoi habis arr…lagi2 bab2 soklan pengetahuan umum (paper 3)..susah gile..dari 50 soklan,aku rase,aku tau n yakin cume 10 soklan je..yg lain,sumer hentam….kalau dah jawab exam pun hentam,camne nak jadi pegawai kan…?takpela..aku mula dari bawah…sape yg nak amik exam ni…kalau korang lulus,sijil ni laku sehingga 5 tahun dari korang start lulus…takya susah2 cari kerja…jadi je Pegawai…kene lawak blog mael selalu..baru leh jawab exam dengan betul…..

3. Aku pengguna DSLR…haha
model ape..?baper harge..?keh keh..tunggu next post…bukan aku sorg, shadow pun sambar satu..aku tunggu entri dia,tak muncul2 pun…

Perkara Buruk..?
hampir 3 minggu tak update…apejadi…tu tgk kat kiri tu..rank jatuh..hahall sejuta balik dah…dulu statik je 600k+ …padan muka kau…takpelaa..pasni aku cuba update lagi… :) kasi up sikit2….

+ Persidangan di Melaka By gie 28 March 2008 at 10:06 am and have 17 Comments

Pada hari Rabu yg lepas (26 Mac 2008), krew sbl (bebudak kos aku) telah dijemput untuk bersidang di Melaka Bandaraya Bersejarah tentang kerajaan baru yg ditubuhkan oleh Jabatan Senibina Landskap UTM. Persidangan ini dimulakan seawal jam 8 pagi (bertolak dari UTM) dan tiba di Melaka pada jam 11 pagi. Antara agenda yang berlaku adalah lawatan rasmi ke Taman Seribu Bunga, seterusnya persidangan di Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Antara isu yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan pengurusan, sistem, anggota, teori dan praktikal tentang Taman Seribu Bunga di Melaka. Lawatan kami berakhir dengan window shoping di Bandar Hilir Melaka.

pst: sebenarnya lawatan sempena subjek yg kiteorg amik..tapi,cam grand kan…aku tak banyak snap gambar…maklumlaa…tgh malas2 nak usung psp aku ni…baik aku layan lagu je…hehe…

Kene Tag oleh Pluginbaby

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:

1. Dslr

2. Graduate with 3. above

3. Mac Book

4. Holiday at Japan

5. PSPhone

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:

1. Tak sabar nak snap gambar…banyak perkara yang aku dah listkan berkaitan dengan dslr ni…antaranya, kalau berkesempatan,semua rakan2 aku yang bersanding @ mendirikan rumahtangga,aku nak snap pic diaorg…aku…?lambat lagi….aku bukan seperti bro zul yang tgh happy sekarang….

2. Untuk dapat kerja….pointer sekarang,mmg menyedihkan….

3. Antara gadget yang aku ingin miliki…tak dapat macbook,tweak osx pun jadilah…hehe…

4. Aku berangan nak kesitu sejak tabika lagi…haha…tul ke..?tah laa…awek aku YUI, lame dah menanti aku kat sane…aduh…”Abg tak dapat datang sekarang, tiket flight dah habis….” hehe…

5. wat masa ni,kalau nak upgrade phone,ni wishlist aku…kalau ade rg nak bagi N95 ke, N80 ke,tangan ni sentiasa terbuka untuk menerima….sape berani..sponsor aku….aku cabar….!!!

THE PERSON WHO TAGG-ED YOU IS : Pluginbaby

5 IMPRESSIONS OF HIM/HER:

1. Kau suka,aku pun suka.

2. Makin bersemangat nak tulis blog.

3. Ganas tapi lovin (bak kata xero dengan syia…)

4. Hensem (aku tak pernah tgk ko lagi..)

5. Sgt membantu…(kau upload la banyak2 sikit,aku dah malas gile nak cari album baru ni…)

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:

kau buat ape kat aku wei….?kene pk balik ni….mmm….akan diisi kemudian…hehe…

MOST LOVED INVENTION (doesnt have to be technically advanced)

belom ada…tak pernah lalui…sad…no komen :(

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:

Orang yg suka mengambil kesempatan keatas org yg berlaku baik. Hentikanlah perbuatan itu.

6 PEOPLE YOU WANNA TAG:

1. Aman (aku belom singgah lagi blog baru dia..aku nak inform gune trackback je..hehe)

2. Rasso (aku pernah nampak kau,ko tak pernah nampak aku…ape yg ko rasa… :D )

3. Aj (domain baru dengan guna mac…komen kau dipersilakan…)

4. Khai (makin mantap dia ni….khai…ape kata ko plak kat aku…)

5. Dungun (sesekali,nak tau gak ape pendapat kenalan dari internet bukan…? )

6. Madnilk (aku dah tak boleh spam ko lagi….kau pasang la shoutbox)

Usya Rakan - Rakan

1. Sape suka lukisan potret percuma…?sumer suker kan…masukkan email dan nama korang kat Potret Percuma oleh Wanwma . Aku dah isi,hope menang la bulan April ni…hehe…Mael dah menang…kita tunggu je gambar mael nanti

2. Free Premium wordpress theme dikumpul oleh Hongkiat dan yang direkomen oleh Mael. Masa untuk berubah ke yg lebih baik. Jom ramai2 tukar ke magazine theme…cool plak aku usya…

Flickr : , , , , , , , ,
Zooomr : , , , , , , , ,
Del.icio.us : , , , , , , , ,
Technorati : , , , , , , , ,

+ Happy Anniversary By gie 12 March 2008 at 7:57 pm and have 38 Comments

Pertamanya, aku mengucapkan “Happy Anniversary” kepada Silentblog[dot]net untuk ulang tahunnya yang pertama…sebenarnya, ia terlalu awal untuk aku sambut berikutan tarikh lahirnya jatuh pada 5 April 2007, tapi diatas sebab-sebab yang mungkin tidak dapat dielakkan pada tarikh tersebut,aku membuat keputusan untuk menyambutnya dengan lebih awal… :D Semoga Silentblog terus berada diatas arena dunia maya ini.. Insyaallah

 

Kisah Hidup…

Bermulanya dengan Myspace, aku menceburi dunia maya berbetuk gubahan… HTML,code, sumer aku main beduk je…Ingat lagi,mase tu aku berada tahun 1 di UTM, tetapi,org yg mengajar aku basic code html untuk Myspace berumur 15 tahun…walaupun perbezaan umur yang ketara, aku tidak malu,malah bangga sebab mereka sudi mengajar aku dari kosong…Hari ini,result SPM telah kluar n aku berdoa agar Aen dan Nabila mendapat keputusan yang cemerlang.. Amin

Hampir setahun lebih jugak aku menggodeh code-code Myspace dan kemudian, aku beralih ke dunia blogging. Bermulanya di Weblogscenter (seperti sudah tidak wujud di alam maya ini) ,aku berkenalan dengan pakar-pakar wordpress seperti Epan, Azmie, Amanz, Cik Ikoko, Ejon dan ramai lagi. Blog pertama aku under en aman iaitu http://epin.amanz.net dan aku mula belajar sedikit sebanyak ape itu wordpress. Kerana excited, aku bercadang untuk mempunyai hosting dan domain sendiri. Domain pertama diberi nama http://gieworks.net dan dibeli dari Hosting Mogutau . Sebulan je aku dengan hosting tu, lepastu berpindah ke CGYHOST berikutan tajaan yang diberikan oleh syarikat tersebut. (aku dah rasa panas ni..haha)…Down, database ilang, suspen …aku dah banyak pengalaman… Kasihan kat ko khai…aku turut rasa bersalah…sebab aku yg kenalkan ko kat syarikat ini…asalnya,nak tolong dia, sampailah satu hari tu, stuff dia buat tahi… (khai,aku samik perkataan dari blog ke ke sini) dan membuatkan aku nekad untuk berpindah…(ade sambungan drama ini rupenyer…tgk sini dan sini sebab aku taknak sambung drama itu disini)

Pada 5 April 2007, lahirlah blog baru,nafas baru untuk diri aku….Aku mengambil keputusan untuk mengambil Shinjiru sebagai hosting berbayar kedua aku.. Oleh kerana aku agak busy dengan kerja-kerja di studio, aku mengambil silentblog sebagai domain aku berikutan,aku yakin, blog ini akan senyap ketika aku busy yang amat…(cam tetau je aku akan busy) ..Alhamdulillah….semua berjalan dengan lancar…

 

Testimonial & Promosi

Sepanjang hampir setahun aku menggunakan hosting dari pihak Shinjiru, aku berbesar hati untuk mengatakan yang aku sgt berpuas hati dengan prestasi hosting ini…thumbs up aku berikan kepada mereka…(tepuk tepuk) … aku harap,prestasi ini berterusan sehingga ke akhir hayat aku…huhuhu…erm…Sebenarnya,ade pakage baru yang akan dikeluarkan oleh pihak Shinjiru, tetapi, aku tidak sempat untuk merasainya…aku fikirkan, pakage baru tersebut akan kluar sebelom akaun aku tamat tempoh…dapatlah merasai pakage baru…tapi,apekan daya…walaubagaimanapun, aku telah diberi diskaun RM40 oleh pihak Shinjiru.. (lihat slip diatas) hurey…yok2…makan Pizza malam ni..datang studio aku… :D Pesanan dari Cypherhackz, sambunglah jangka hayat domain anda untuk kesejahteraan semua… :D ..aku turuti tuan… :p

 

Prestasi

Sepanjang penglibatan silentblog didalam dunia maya, banyak kenangan manis dah pahit dilalui…Antaranya, PR aku dah turun..aduhai…ketika aku menulis pada awal tahun haritu, aku mendapat PR 3 untuk blog aku,tapi kini, turun pulak…Alexa rank aku meningkat sedikit,walaupun tidak mencapai target aku…dari 1.09 juta pada awal tahun kepada gambar sebelah… Alhamdulillah :) … cukuplah untuk setakat ini….hehe…bagi aku,satu prestasi yang amat membanggakan…korang bagaimana..? cubalah check dilaman web Page Rank Checker milik emptyspace aka arip

 

Income

Ayuh TITAN… aku perlukan lagi RM9.00 sahaja untuk melayakkan aku memperolehi pendapatan pertama aku menerusi pengiklanan … sekali lagi tidak tercapai hajat aku untuk tahun ini …aku berharap sangat untuk menggunakan pendapatan ini untuk menyambung nyawa blog aku,tetapi apakan daya..aku telah berusaha… perlukan sedikit lagi usaha dan perlukan tawakal serta doa..amin… takpe,dapat duit ini,aku masuk poket terus..huhu..ganti balik… :p ..

pst: Josh Lim pernah masuk blog ini sekali… bila dia nak masuk lagi ye…mane la tau,tetiba dia zas bagi rm10 terus kat aku….kan bagus

 

Ade Lagi…!!!

Domain ngan hosting aku dah renew…Insyaallah, akan berterusan….sempena ni,aku tawarkan “get host” sepertimana rakan-rakan blogger yang lain pernah buat…tapi,aku membuat sedikit kelainan disini….boleh dapatkan “subdomain percuma” dari silentblog atau beli domain dari Wizurai (aku harap,promosi rm28 dia masih ada) dan park kat domain aku…oleh kerana park domain ade 5, aku cuma bagi 2 slot sahaja….haha…sape cepat,dia dapat..3 lagi aku reserve tuk perkara urgent…owh lupa…blogger sahaja…portal,aku tidak mahu menanggung risiko…kang over resource, aku plak yg kene :p satu lagi,korang mesti telah mempunyai blog sebelom ini…TOS seperti mana-mana rakan yang telah membuat perkhidmatan ini…kapasiti..? boleh deal..pandai-pandai gune,aku tak kisah…Pastikan mempunyai sedikit ilmu tentang cpanel,dan FTP … mudah kan..?hubungi aku tuk lebih lanjut

Amaran!!..bukan untuk tujuan penyimpanan data atau buat direct download…paham2 sajalah k….

 

Usya Rakan-Rakan

1. Kenapa hendak berhenti berblog cik azurt. Cik azurt tidak masuk lagi blog sy…jgn berhenti ye..chaiyok2….teruskan menulis…kau pluginbaby pun sama..teruskan berjuang

2. Ikram-zidane kluar theme baru…Graphicless wordpress Theme..korang semua dijemput cuba…

3. Aisyah, ikram ,korang dapat berape…? share la.. :) adik aku teruk betul..aduhai…ape la nak jadi…asik merempit je