Archive for ‘ MyFriends

Fyroo.com - Malaysian Video Sharing Site 22 June 2008 at 11:18 pm by gie

Fyroo.com

Salam lewat malam kepada semua. Aku sebenarnya tidak expert untuk review web,tetapi aku cuba yang terbaik. Malam ni aku ingin berbicara tentang Video Sharing Site dan kali ini Made in Malaysia. Hidup malaysia. :) Jika dahulu,sebut sahaja Video Sharing Site, rata-rata akan menjawab Youtube, Stage6, Google Video dah sebagainya…sampai bilakan kita akan terus menaikkan nama mereka sekiranya kita boleh menandingi mereka..? :D Mohd Ismail pernah mengutarakan 5 laman web perkongsian video selain daripada Youtube dan kali ini,aku ingin menambahnya kerana ia buatan malaysia. Keterangan lebih lanjut.

Alamat website..?
Fyroo.com - Malaysian Video Sharing Site dengan moto “proud to be Malaysian”

Kandungan..?
Perkongsian Video Online.

Terma dan Syarat..?
Sila semak isi kandungan Terma dan Syarat di SINI

Bantuan dan keterangan lanjut..?
emailkan kepada support@fyroo.com

Pada pendapat aku, walaupun laman web ini masih baru, aku yakin, ia akan menjadi lebih maju dan tersohor sekiranya mendapat sambutan hangat terutamanya dari penduduk di seluruh pelusok Malaysia. Secara kasarnya, laman web ni sudah siap sepenuhnya dan ada perkara-perkara yang perlu diperkemaskan seperti About Us, jenis Video file yang dibenarkan, Kapasi Video perUpload dan lelain :) Mari rakan-rakan. Register secara percuma dan mulakan hari anda dengan senyuman :) dan jangan lupa, ADD aku sebagai kawan korang.. :p

+ Honeymoon ke Jakarta By gie 06 May 2008 at 6:20 pm and have 26 Comments

hamik ko tajuk entri…hehe….ok…kali ni,entri paling ringkas aku buat…hurm…aku akan bertolak ke Jakarta jap lagi… kul 9malam (6 Mei 2008) bersama 19 orang lagi…aku sempat menjemput Rasso untuk mengikuti trip ke indon ni…kami dijangka pulang pada 10 mei 2008…nantikan kepulangan aku dengan membawa seribu erti perjalanan…

Pst : maaf laa…aku tak sempat nak intro kat korang Bini baru aku (D80) sedih gile….) takpe,entri akan datang,aku buat paling panjang tuk korang…
Pst 2 : Mira,nanti blanje makan ye kat sane…tunggu i telefon ye…

+ Trip to Taman Negara By gie 01 May 2008 at 11:45 am and have 18 Comments

Selamat Hari Buruh Semua..!!Mulakan hari bercuti korang dengan senyuman… :) …ape kes silentblog.net ni…lame betul tak update…bulan 4 yang lepas,banyak betul komitmen yg nak diuruskan…tensi betol…lame tak menaip,rase kekok plak…aku mulakan cerita sempena ketiadaan aku disini….

Bercuti ke ape ni..?


tread mark trip aku..!!
Terus kepada agenda..aku ringkaskan…

Tajuk : Ekspedisi Gunung Tahan
Tempat: Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang
Tarikh : 25-28 April 2008
Anggota : 32 Pelajar, 1 Lecturer, 1 Guest
Aktiviti : Camping, Gua Telinga, perkampungan org asli, Lata berkoh, Canopy Walk

25 & 26 April 2008

23 april, Viva aku…pastu 24 april ade plak external exam…mengetest produk UTM boleh compete kat luar atau tak….pastu, 25 april ade satu paper..hampeh gile…tdo tak cukup,ade plak test..jawab merapu je…doa2 dapat ok….petang tu,sibuk mengemas barang nak pegi…buat tag nama,persiapan lain-lain…packing2,terus naik bas…bile bas bergerak,pergh…tuala tertinggal…hampeh gile kerja tergesa-gesa ni..sumer tak jadi…terus tdo….

Solat subuh dah dekat dengan Kuala Tahan..nyenyak gile tdo…Sejam perjalanan,sampailah kiteorg kat kaki Gunung Tahan…Register sumer ahli kat Taman Negara, terus bergerak ke tapak khemah…dengar sedikit briefing,terus mendirikan khemah….

Selepas tu, sumer berehat untuk aktiviti petang…Pkul 2 petang,semua berkumpul untuk jelajah Gua Telinga…Trackking sekejap je…


Semua berjalan dengan selamat..ceria…pendek je jalan dalam gua telinga tu…tak puas jelajah,dah sampai ke hujung…selepas tu,kiteorg singgah ke perkampungan orang asli…layanan baik kami terima walaupun,ade sedikit rasa tidak selesa…bukan apa..itu ini,cerita keras n memacam lagi dah aku dengar…gerun sekejap bila berada disitu…antara yang menarik adalah menghidupkan api tanpa menggunakan lighter dan menyumpit (bukan merempit)…


Tetamu ekspedisi membuat sumpitan maut…!!
Malam pula aktiviti bebas…aku,tgk bola..Chelsea vs MU …kes kes…camping kat tepi taman negara,fasiliti sumer lengkap…Gunakan je laa…
Read the rest of this entry →

+ Notis 24jam : Pengkritik tegar diperlukan..!! By gie 07 April 2008 at 7:08 pm and have 33 Comments


kredik gambar to metallic box

Salam kepada semua pengunjung dan pengkritik yang dihormati…hari ini,aku harap,mendapat feedback dari korang diatas isu yang pernah ditimbulkan pada minggu lepas berkaitan dengan perjalanan blog ini…aku telah menghubungi pihak hosting dah menanyakan isu ini,dan dia bersetuju untuk memindahkan aku ke server yang lain sekiranya aku mahu…hurm….mungkin aku tak terasa kelembapan berikutan internet disini mmg superb,tapi,blog ini,untuk tatapan rakan-rakan,pengkritik luar,bukan untuk diri sendiri..kan…? :D aku meminta jasa baik korang untuk memberikan feedback yang bernas agar selesai sudah perkara yang dibangkitkan….Sekian

Uji Kepantasan Network Speed
Datacenter 1 Hasil aku : bandwith =433.20kbps download =54.15 KB/sec
Datacenter 2 Hasil aku : bandwith =277.00kbps download =34.63 KB/sec
Datacenter 3 Hasil aku : bandwith =716.20kbps download =89.53 KB/sec
Datacenter 4 Hasil aku : bandwith =1.57 Mbps download =200.68 KB/sec
Datacenter 5 Hasil aku : bandwith =138.00kbps download =17.25 KB/sec

Kalau pemerhatian aku,datacenter 4 paling power bagi aku….

Uji Muatturun fail dari datacenter
Muatturun dari datacenter 1
Muatturun dari datacenter 2
Muatturun dari datacenter 3
Muatturun dari datacenter 4
Muatturun dari datacenter 5

Mane paling stabil dan paling syok tuk korang….tolong ye…agak2 speed dia stabil je,bagitau eh….atau lawati Shinjiru SpeedTest

Peritiwa tambahan
Sebelom aku bersua isu ni,aku selalu gak berborak kosong dengan pihak hosting..haha..aku bantai cam member2 kenalan chatting…bos dia plak tu..ade sekali tu,dia bercerita tentang staff baru yang baru join the company..pompuan…dan harini,staff baru tersebut yang melayan karenah aku..haha…siapalah dia agaknyer…dah kawin ke belom ye..? :p suara dia dalam tipon…haha..tak boleh cakap lebih lanjut..karang korang tergoda…hehe…sekarang,dia menanti keputusan dari aku hendak pindah ke mane…aku diberi 2 pilihan untuk bertapak..berkongsi ip dengan http://apartmentskl.com/ (mempunyai 100+ domain dalam ip tersebut,tetapi,kesemuanya hotel-hotel + resort…mesti up 100% kan..?) dan satu lagi berkongsi ip dengan http://legendworldwide.com.my/ (ip kat domain tu dalam 60+ je….) nak check domain bersama, sila ke http://www.myipneighbors.com/ (thanks to awqi aka asblogger) sebab bagitau website ni…

Usya Rakan-Rakan
1. Pengguna Antivirus Kaspersky…?dapatkan key terbaru di blog khai tau ko beli je cam si cypher ni.
2. Lawat kenalan baru…moto dia best…tikam 20sen,dapat nugget milo…tak haram ke makan bende tikam2 ni..hehe..jom usya blog ahmadridzuan
3. Pengumuman tak rasmi..aku menanbah pages TV kat blog ni untuk berkongsi cerita yang aku rasa perlu tonton…akan diupdate kemudian..baru satu aku letak….jemput tgk…

+ Persidangan di Melaka By gie 28 March 2008 at 10:06 am and have 17 Comments

Pada hari Rabu yg lepas (26 Mac 2008), krew sbl (bebudak kos aku) telah dijemput untuk bersidang di Melaka Bandaraya Bersejarah tentang kerajaan baru yg ditubuhkan oleh Jabatan Senibina Landskap UTM. Persidangan ini dimulakan seawal jam 8 pagi (bertolak dari UTM) dan tiba di Melaka pada jam 11 pagi. Antara agenda yang berlaku adalah lawatan rasmi ke Taman Seribu Bunga, seterusnya persidangan di Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Antara isu yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan pengurusan, sistem, anggota, teori dan praktikal tentang Taman Seribu Bunga di Melaka. Lawatan kami berakhir dengan window shoping di Bandar Hilir Melaka.

pst: sebenarnya lawatan sempena subjek yg kiteorg amik..tapi,cam grand kan…aku tak banyak snap gambar…maklumlaa…tgh malas2 nak usung psp aku ni…baik aku layan lagu je…hehe…

Kene Tag oleh Pluginbaby

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:

1. Dslr

2. Graduate with 3. above

3. Mac Book

4. Holiday at Japan

5. PSPhone

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:

1. Tak sabar nak snap gambar…banyak perkara yang aku dah listkan berkaitan dengan dslr ni…antaranya, kalau berkesempatan,semua rakan2 aku yang bersanding @ mendirikan rumahtangga,aku nak snap pic diaorg…aku…?lambat lagi….aku bukan seperti bro zul yang tgh happy sekarang….

2. Untuk dapat kerja….pointer sekarang,mmg menyedihkan….

3. Antara gadget yang aku ingin miliki…tak dapat macbook,tweak osx pun jadilah…hehe…

4. Aku berangan nak kesitu sejak tabika lagi…haha…tul ke..?tah laa…awek aku YUI, lame dah menanti aku kat sane…aduh…”Abg tak dapat datang sekarang, tiket flight dah habis….” hehe…

5. wat masa ni,kalau nak upgrade phone,ni wishlist aku…kalau ade rg nak bagi N95 ke, N80 ke,tangan ni sentiasa terbuka untuk menerima….sape berani..sponsor aku….aku cabar….!!!

THE PERSON WHO TAGG-ED YOU IS : Pluginbaby

5 IMPRESSIONS OF HIM/HER:

1. Kau suka,aku pun suka.

2. Makin bersemangat nak tulis blog.

3. Ganas tapi lovin (bak kata xero dengan syia…)

4. Hensem (aku tak pernah tgk ko lagi..)

5. Sgt membantu…(kau upload la banyak2 sikit,aku dah malas gile nak cari album baru ni…)

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:

kau buat ape kat aku wei….?kene pk balik ni….mmm….akan diisi kemudian…hehe…

MOST LOVED INVENTION (doesnt have to be technically advanced)

belom ada…tak pernah lalui…sad…no komen :(

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:

Orang yg suka mengambil kesempatan keatas org yg berlaku baik. Hentikanlah perbuatan itu.

6 PEOPLE YOU WANNA TAG:

1. Aman (aku belom singgah lagi blog baru dia..aku nak inform gune trackback je..hehe)

2. Rasso (aku pernah nampak kau,ko tak pernah nampak aku…ape yg ko rasa… :D )

3. Aj (domain baru dengan guna mac…komen kau dipersilakan…)

4. Khai (makin mantap dia ni….khai…ape kata ko plak kat aku…)

5. Dungun (sesekali,nak tau gak ape pendapat kenalan dari internet bukan…? )

6. Madnilk (aku dah tak boleh spam ko lagi….kau pasang la shoutbox)

Usya Rakan - Rakan

1. Sape suka lukisan potret percuma…?sumer suker kan…masukkan email dan nama korang kat Potret Percuma oleh Wanwma . Aku dah isi,hope menang la bulan April ni…hehe…Mael dah menang…kita tunggu je gambar mael nanti

2. Free Premium wordpress theme dikumpul oleh Hongkiat dan yang direkomen oleh Mael. Masa untuk berubah ke yg lebih baik. Jom ramai2 tukar ke magazine theme…cool plak aku usya…

Flickr : , , , , , , , ,
Zooomr : , , , , , , , ,
Del.icio.us : , , , , , , , ,
Technorati : , , , , , , , ,