
Argh..!! gila sekejap ketika membuat pilihan dslr yang hendak ku rampas sebagai gadget terbaru aku…cukup pening apabila membuat perbandingan antara dslr..semua org pun tahu,kita perlu membuat sedikit kajian terhadap barang yang hendak dimiliki,terutamanya kegunaan,keselesaan dah kemesrapenggunaan, brand (sesetengah orang) dan tidak lupa juga harga (budget)…pening mencari senarai harga pasaran setempat (market price untuk dslr)….terpakse aku bersengkang mata mencari info-info tentang harga tetapi akhirnya menemui jalan buntu…tak jumpe senarai harga penuh untuk dslr…sape2 yang ade info tentang senarai harga dan kedai yang menawarkan harga yang berpatutan,diharap boleh berkongsi disini…aku memerlukannya untuk meneruskan membuat kertas kerja susulan,atau laporan tentang gadget terbaru itu…
“ko gila ke tetiba je nak dslr ni”
hurm…Sebenarnya,aku tak terpk pun nak mengkaji lebih dalam tentang dslr ni…sebelom ni, fahmishah ade menyatakan keinginannya untuk memiliki sebijik dslr berdasarkan minat beliau dalam bidang fotografi…Aku pula??Baiklah,aku ceritakan jalan cerita sehinggalah terbukanya pintu hati aku mencari dslr ni…
Sejarah Hidup aku dan SLR/DSLR
Aku sebenarnya mmg meminati bidang fotografi sejak dibangku sekolah lagi,tetapi disekat kerana sebab-sebab tertentu…slr pertama aku pegang,ketika di tingkatan 4,ketika salah seorang budak dorm aku mengeluarkan sebijik kamera oylmpus (tak ingat model ape) dari loker…perasaan hendak memiliki tu terlalu jauh,kerana,aku bukan jenis berwang..hanya impian aku bina selama ini….ketika aku di matrikulasi,langsung tidak berupaya untuk mendekati perkembangan slr ini…sedih gak…
Aku bersyukur,kerana dapat masuk ke UTM ni…tahun pertama,aku dikejutkan dengan satu kelab yang sangat aktif iaitu Kelab Fotokreatif UTM,dimana kelab ini diberi mandat untuk mengambil gambar tahunan konvokesyen….wow…aku mendaftar sebagai ahli baru untuk kelab tersebut…terima kasih tidak terhingga kepada KFK sebab mengajar aku tentang slr kamera walaupun aku noob gila tentang slr…diberi kelas bimbingan oleh salah seorang ahli kelab tersebut yang mempunyai banyak pengalaman dan tips2 dalam bidang fotografi….Perkenalkan,sifu aku Azril Hafiz,sebab dia yang handle group aku mase tu…mmg teruja dengan slr kamera ni tetapi sekali lagi hajat aku tidak kesampaian sebab tak dapat join practical fotografi kat Cameron Highland..Selepas itu, hubungan aku dengan KFK semakin jauh…Tahun 2 di UTM pun kelihatan hambar sebab aku tidak berupaya meluangkan masa dengan KFK dah semakin ketinggalan…aku seperti berputus asa….
Tahun 3 di UTM,aku dikejutkan sekali lagi apabila diberi kepercayaan oleh Hurriyah (cik yah) untuk join Unit Pengambilan Gambar Graduan tuk Konvokesyen ke 38…tapi,mase tu,aku diambil sebagai videoman..tak kisah la…sambil2 tu,aku mempelajari balik asas2 slr…(mencari semangat yang pudar) dan juga dslr …Alhamdulillah…semuanya berjalan dengan baik dah aku dapat join Praktikal di Langkawi…Setelah banyak kenangan manis aku lalui dengan KFK, aku terpaksa berundur diri dari kelab KFK berikutan kesibukan yang melanda diri…aku rindu saat manis aku dengan KFK…Sehingga kini,aku tak dapat nak lepak sane n ramai dah budak2 baru yang aku tak kenal…tak kisahlah..janji kelab tu havoc n da best…aku still contact dengan dak lama yang banyak mengajar aku… ![]()
Lari tajuk pulak..!!
Aduhai…lari tajuk aku…kisah hidup plak yang aku highlightkan…Berbalik kepada tajuk atas atas,aku nak minta pendapat korang tentang kamera yang paling disyorkan tak kisahlah untuk aku,ataupun untuk org lain….mungkin ramai mempunyai pendapat tersendiri….Aku membuat sedikit pembacaan di forum Lowyat dan mempunyai sedikit input tentang dslr yang terkini…untuk peringkat beginner photographer, menurut perbandingan antara Nikon D40, Canon Eos 350D dengan Sony Alpha A200, ramai yang mengundi Sony Alpha A200 adalah permulaan yang bagus untuk entry level photographer….Aku memerlukan sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk memberi sedikit komen tentang perbandingan yang dibuat…diharap,dia dapat membantu,aku dan ramai rakan-rakan yang ingin memulakan hidup baru sebagai photographer…juga kalau ade komen tentang kelas semi pro dimana gadjet yang bertanding ialah Nikon D80 dengan Canon Eos 40D..mana lagi best…??



