Archive for ‘ MyPSP

PSP Phone ….wow..!! 24 February 2008 at 1:25 pm by gie

Hurm…perkara ni dah lama aku fikirkan sebelum memiliki PSP lagi tetapi tidak pula mencari bukti-bukti perkara ini,sehinggalah aku terjumpa artikel tersebut di forum Lowyat…Dulu, Nokia Ngage yang digunakan untuk berkomunikasi serta permaian video dihangatkan dengan khabar angin kemunculan Nokia Ngage-Neo (tak pasti dah keluar ke belom model ni) yang ditambah dengan kamera (built in)…Dan bagi aku,kalaulah Ngage Neo ni kluar,pasti kaki game menyambarnya kerana kemudahan yang lengkap… Berbuat + SMS + Mp3 + Video Clip + Snap Gambar + Galleri …Hurm..Aku bukan hendak bercakap tentang Ngage,tetapi Sony Playstation Portable Phone atau PSP Phone…WOW…Pasti Ngage Neo akan ketinggalan… :D . Melalui pembacaan di PhoneMag , Gizmodo dan Kotaku , Majalah Sony memberitahu bahawa PSP Phone berada dalam pembikinan dan dijangka kluar pada Februari (wow,bulan ni ke tahun depan ye..?)

A new PSP-style phone is apparently in development. There are even suggestions that it could be in shops as early as February.

Dan berikut mungkin gambaran awal PSP Phone yang bakal dikeluarkan….kene tambah wishlist la nampaknya… :D kepada yang belom memiliki dan bercadang untuk memiliki PSP, better tunggu dia kluar…smart tu..Puas hati…owh my PSP Phone…sape yang mau sponser PSP Phone untuk aku,bolehlah tinggalkan komen anda dibawah.. :)

Technorati : , , ,

+ Tag : 8 pula dari harubiru By gie 04 February 2008 at 6:18 pm and have 27 Comments

8

8 kali ni bukan promosi 8pax yang aku ceritakan pada artikel lepas…tapi,ia merupakan permaianan para blogger atau webmaster ketika mempunyai masa yang sangat lapang.. :DTag kali ini datangnya dari ShadowX_19 (dia tag,tapi tak bagitau pun org yg ditag…lupe baca syarat dia ke…? :p ) …

The Rulez
1. Link to your tagger and post these rules. (kau akan terima Pingback dari aku)
2. List eight (8) random facts about yourself. (kat bawah..lari lari..~~)
3. Tag eight people at the end of this post and list their names. (jaga ko,sape yg kena)
4. Let them know they’ve been tagged by leaving them a comment on their blogs (nantikan kedatangan aku)

8 Perkara tentang aku
1. Merupakan anak ke-2 dari 4 adik beradik…anak lelaki sulung…sorg akak dan 2 org adik lelaki…Sgt suka masakan emak..sumer sekali :D . Menetap di Muar bersama keluarga.

2. Pelajar tahun akhir dalam Sarjana Muda Senibina Landskap di Universiti Teknologi Malaysia. (Insyaallah) . Penghuni tetap B07 (studio kat Fakulti Alam Bina, FAB), walaupun telah mempunyai bilik sendiri di XC1 605, Kolej 17. :D

3. Peminat tegar TV Series seperti Prison Break, Heroes, Supernatural, Smallville, Dexter, Bionic Women, Dunia Baru, kami dan sebagainya. Sanggup menghabiskan masa terluang dengan menonton cerita2 ini,walaupun mempunyai kerja yang bertingkat-tingkat…

4. Kalau shadow sukar untuk tdo,aku pula sebaliknya…Aku boleh stay up lama ke pagi,tapi,bile tiba waktunya,aku akan tdo dan ianya mengambil masa tidak lama…sorongkan je bantal,tak sampai 30 saat,aku dah hanyut…mungkin sebab penat,tapi,ramai yang mengatakan aku ni nobita….

5. Pendownload tegar…haha…harddisk 300GB (maxtor) + 160GB (hitachi) + 30GB (external hdd, hitachi) + 1GB kingstone pendrive,sumer dah nak penuh dengan stuff2 yang aku download…movie, tv-series, software, OS, dan memacam lagi… Koleksi DVD yang aku burn telah mencecah 300+ keping…bukan CD

6. Mempunyai gadjet yang banyak menghiburkan aku seperti sebijik PSP (sekend je,bercadang nak sambar sebijik lagi jenis slim), 2 nset (satu nokia 3230 yang dibeli kat azmie , satu lagi,curi adik aku punye ), Sebijik lattop acer dah kene curi :( , sebijik PC (teman hidup aku sekarang), tidak berjam tangan dan bercadang untuk memiliki DSLR (aku pun minat fotografi)dan Video Cam…menggunakan motor kepunyaan mak aku untuk ke kelas dan tidak bercadang lagi untuk memiliki kereta…(tunggu aku kerja)

7. Seorang pendiam, low profile, dah suka lepak sorang-sorang…ambil masa untuk mengenali seseorang dan jenis yg mudah percaya kat org (bahaya tabiat ni,perlu ubah) …Semakin membesar bagai johan… (naik medadak ni) tak tau ape punca… cepat sensitif sejak dua menjak ni..mungkin sebab usia semakin tua… suka bila ade aktiviti berbentuk kemasyarakatan/komuniti… suka windows shoping…hahaha….

8. Single n avaiable..tak boleh komen panjang…mmmm

Sedikit sebanyak tentang aku,dan dibawah ni adalah pemenang bertuah
1. Syia (aritu aku nampak dia intai blog ni…hehe)
2. Melayubuntu (nak dengar plak cerita dari Jepon)
3. Dfebian (satu2nya anak buah silentblog)
4. Epan (dalam senyap2,nk berblog semula :) )
5. Mira (dengar cerita dari Indon plak)
6. Rasso (balik Maskara,ade kerta tambahan tuk ko )
7. Skyati (kak,bile balik umah..? )
8. reserve… (sape nak,pm ye :p )

+ PSP : Camera 1.3Mp + Bowling + GC By gie 25 January 2008 at 7:54 pm and have 15 Comments

PSP with camera

Salam semua…Entri kali ini dibuat seringkas yang boleh kerana masalah kesihatan yang menimpa diri… (demam + selsema + batuk )..tidak larat nak menaip panjang :p …adoi…intro yang merapu….dah dah…berbalik kepada kata kunci iaitu PSP…PSP berharga RM500 kepunyaanku dilengkapi dengan satu kamera 1.3mp (megapixel) yang dibundelkan dengan set-set yang lain…walaupun kamera ni tidak sehebat gadget si Manchurr , ia tetap menawan hatiku…huhu…cara memasangnya,begitu mudah..plug n play je…kedudukan kamera berada diatas PSP…buat masa sekarang ni,belum cuba lagi menggunakan kamera tu sebagai webcam…kita semua tahu, PSP boleh melayari internet,dan kemungkinan besar,webcam pun boleh digunakan… :D

Bowling
Sepatutnya, entri ini dikeluarkan pada minggu lepas,tetapi,akibat kesibukan yang melanda diri, terpakse ditangguhkan… Perlawanan Bowling tertutup ini diadakan di salah satu pasaraya yang berhampiran dengan UTM ni…Aktiviti tahunan ini diadakan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan antara junior dengan senior untuk kos Landscape Architecture di UTM..secara keseluruhan, amat meriah,tapi tidak berpeluang membawa hadiah hamper yang ditawarkan (team kalah)…

Perlawanan Bowling Tertutup Landscape 08 @ bowlscape 08
Tarikh : 18 Januari 2008
Venue : Skudai Parade, Skudai johor
Cash : RM48/team (4 orang)

Sempat snap menggunakan PSP…gambar tak clear…pixel pun rendah…pastu setting jimat saiz punye…huhuhuh…

Bowling

bowling pompuan

GC aka Graphic Card

GC baru

Yosh…satu lagi barang PC aku sambar…walaupun ia tidak sehebat GC Cypher , aku berpuas hati dengan dia….aku lebih gemar Nvidia berbanding Ati …mungkin sebab ijau nampak cool,berbanding merah menyala:)) …ini spesifikasi GC terbaru aku…


GV-NX85T256HP
1. Powered by GeForce 8500 GT GPU
2. Supports PCI Express
3. Microsoft DirectX 10 and OpenGL 2.0 support
4. Integrated with the industry’s best 256MB GDDR3 memory and 128 bit memory interface
5. Supports SLI and PureVideo technology
6. Features dual DVI-I / D-sub (by adapter) / HDTV
7. Supports Dual Dual-link @ high resolution up to dual 2560×1600

Info tambahan,sila ke SINI

Snap lagi menggunakan PSP aku….

GC
ni rupa GC aku

Cd
Driver dan game free

PC cabuk
pasang kat pc cabuk aku

Kat situ
kat situ letaknyer

Okla…cukup entri untuk kali ni…cukup ringkas kan..? :)

+ PSP : UMD - Universal Media Disk By gie 12 January 2008 at 8:52 am and have 6 Comments

UMD

Sebenarnya,saya tidak tahu hendak mula dari mana tentang PSP yang saya miliki tempoh hari…terlalu banyak perkara yang bersangkut paut…Sebelum ini,saya telah menulis tentang perbezaan antara PSP jenis ‘fat’ dengan ’slim’…okla…mulakan dengan UMD atau nama penuh Universal Media Disk…kepada pengguna PSP,perkara ni terlalu biasa kerana ia sudah menjadi satu lumrah atau rutin harian…tiada lagi perkataan ‘cd kecik’ digunakan kerana perkataan UMD dah terlalu universal…menurut wikipedia, difinisi UMD adalah seperti berikut:

The Universal Media Disc (UMD) is an optical disc medium developed by Sony for use on the PlayStation Portable. It can hold up to 1.8 gigabytes of data. It is considered the first optical disc format to be used for a handheld video game system.

Secara kadar,penggunaan UMD adalah untuk Game, lagu dan video…tetapi,tahukah anda,pengeluaran UMD adalah dikawal oleh Sony…dan berapa ramai diantara kamu yang mampu untuk memiliki UMD untuk dimainkan didalam PSP anda…

+ PSP : Basic Knowledge By gie 09 January 2008 at 3:16 pm and have 7 Comments

PSP
Mari kita berkenalan dengan PSP…saya terjumpe artikel ini di Bincang.Net yang memberi panduan tentang asas yang perlu kita tahu sebelum memiliki PSP ini…sebelum ini,saya telah mengulas perbezaan PSP,dah kini basic atau asas asas penggunaannya…ini penting kerana,ia terjadi kepada kawan saya yang pernah bersuara “eh,kenape tak boleh bergerak kereta ke kiri,kanan ni…?” …pada mulanya,ingatkan,gem yang dimainkan utu rosak…selepas saya merehatkan minda didalam bilik seorang diri,dengan bertemankan PSP,barulah saya tahu,ade alatan yang tersembunyi…tergelak saya seorang diri didalam bilik itu..dan sekarang,saya ingin berkongsi dengan anda semua….
Read the rest of this entry →