Posts Tagged ‘ Alexa

Selamat Tahun Baru 2008 29 December 2007 at 5:25 pm by gie

Tahun Baru 2008

Pejam celik,pejam celik, nak masuk tahun 2008 dah…banyak kenangan sepanjang tahun 2007 aku bawa bersama…Kehidupan mesti diteruskan,walaupun banyak dugaan yang melanda…aduh..tak tahu sampai bila harus aku hadapi…Sememangnya,setiap tahun,mesti ade je azam yang akan dibuat…Aku plak,tak pasti…perkara itu azam atau tidak…aku tidak suke berazam…tapi,tahun ni,banyak perkara yang akan aku lakukan….lebih mudah kalau aku mensinopsiskan semua perkara…mudah kan…

Azam tahun 2008

1. Berjaya dalam pelajaran.
Sem ni merupakan sem terakhir bagi aku….tapi,aku mendapat persetujuan daripada orang tua aku untuk melanjutkan pelajaran aku di UTM (extend :)) )..macam tak percaya…subjek yg aku bawa tuk final terlalu gagah…skang,tgh 50 50…kalau terlalu berat,mungkin aku terpakse menjatuhkan subjek aku…peristiwa sem lepas,membuatkan aku lebih tabah dan cekal…sungguh kecewa n marah dengan sikap sesetengah orang melayu yang suka menjatuhkan kaumnya sendiri, untuk kepentingan sendiri….

2. Berjaya dalam aktiviti luar…
Kalau dah last sem,mesti korang sumer dah sibuk mencari kerja. takkan lepas grad nak goyang kaki kat umah je….skang ni,aku dah mula wat kerja2 luar (part time) sebab aku nak menambahkah keyakinan diri tentang kerja yang aku akan amik…serius..aku ni jenis yang tidak ramah kalau berjumpa…adus…takpe..”saya boleh” ..selain itu,leh la menampung duit kocek aku yang makin surut ni….

3. Berjaya Dalam Dunia Maya
Yang ni,susah sket…sebab aku bukan base ini,aku memerlukan masa yang banyak untuk berjaya dalam bidang ini…tapi,dalam hati mmg teringin nak berjaya…

4. Berjaya dalam Percintaan
Hahaha….jgn gelakkan aku…sedih ni… aku dengan rasso patut menubuhkan “Kelab single” berikutan awek yang tak ble nak lekat kat kitaorg…hurm…jeles gak tgk kawan2 cam khai(dengar sibuk nak bertunang), Cypher, ejon, Ijud, Abah , Epan n lain2,sumer dah berpunya.. (aku dengan rasso je ke yg takde ni ) …perkara ni,aku tak pasti..silap2,naik 2009 pun takde lagi :((

Read the rest of this entry →

+ Meningkatkan traffic ke website anda By gie 08 December 2007 at 7:34 pm and have 6 Comments

Traffic

Mungkin semua orang akan tertanya2,betulkan tajuk entry yang aku tulis kali ini…kalau diikutkan sejarah,aku bukannya org yang terlalu fanatik untuk mengetahui semua hal ini…ditambah lagi dengan kekurangan update didalam blog akibat daripada kesibukan yang terus melanda diri…Hari ni,aku berjalan2 menjelajahi blog/website rakan-rakan,sehinggalah aku tersinggah kat satu website yang telah menamatkan jelajahan aku…bukan sebab ade perempuan cantik didalam blog tu,atau ade emas yang bertaburan…aku terhenti seketika kerana entrinya membuatkan aku seperti lebih fokus atau khusyuk untuk terus membaca dan membaca…(haih,aku kene pukau ke..?) ..tah laa…aku sendiri pun tak pasti…website yang aku maksudkan ialah Mixedmarketarts

Blog kepunyaan Collin LaHay baru dibuat pada November 2007 (bulan lepas) tetapi telah medapat ranking Alexa yang tinggi iaitu 185,247…(aku anggap tinggi dengan usia websitenya yang seperti didalam buaian lagi)…aku pun termenung seketika selepas melihat rankingnya berbanding dengan rankingku..jauh…sgt jauh…aku pun terus membaca dan terus membaca..didalam blog ini, Collin LaHay berkongsi cara-cara meningkatkan traffic didalam blog mahupun website…banyak tips yang boleh dikongsi bersama disini…aku akan mencubanya satu persatu bagi meningkatkan traffic didalam blog aku…Domain aku akan tamat pada bulan april 2008 dan target aku untuk mendapatkan ranking Alexa bawah 200,000…mesti boleh kan…?

Ranking Alexa ketika menulis entry ini = 1,339,591
Page Rank blog = tak pasti..sekejap 3,tetiba tukar 1 plak..sekarang ni 3..tak tau esok berapa…(akhirnya kuar juga pr blog aku)