Jeng jeng jeng….saje buat kejutan…Sebelum ni,saya pernah menyatakan dimana duit PTPTN yang saya akan terima akan digunakan untuk tujuan tertentu, dan salah satu daripadanya saya meletakkan harga rm500 untuk gem… ada dikalangan rakan blogger yang mengatakan “Btw apa da duit habis sampai RM500 just untuk game. Ish3.” dan “utk gem? gem tu game ke? byknye sampai 500? gem ape tu?”
…sebenarnya,saya ingin memasukkan sekali dalam artikel yang lepas,tetapi atas2 sebab yang tidak dapat dielakkan,saya menunda untuk membuat artikel baru mengenai perkara ini… Saya mengucapkan tahniah kepada ShadowX_19 kerana telah berjaya menekanya…Perkara ini pernah ditulis oleh Emptyspace dan bat suatu ketika dulu,tatpi sekarang, ia sudah menjadi wishlist saya (gune perkataan yang sama )
Read the rest of this entry →
Posts Tagged ‘ berita ’
Gem RM500 = Awek Jepun 06 January 2008 at 1:04 am by gie
+ hangat..hangat… By gie 01 January 2008 at 7:23 pm and have 2 Comments
“sayalah orangnya dalam pita seks” kata Chua Soi Lek01/01/2008 6:46:39 p.m.
LABIS 1 Jan — Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengakui bahawa beliaulah orangnya dalam pita yang merakamkan aksi hubungan seks bersama seorang wanita, dengan salinannya diedarkan secara meluas di Johor.
Di sebalik pengakuan itu, Dr Chua menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.
Sambil membaca kenyataan yang disediakan pada sidang akhbar yang diadakan di pejabat MCA Labis di sini, menteri itu menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.
Katanya, beliau bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bagi memberikan sendiri penjelasan dan memohon maaf kepada Perdana Menteri.
Dr Chua berkata, beliau turut berjumpa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berhubung perkara itu.
“Apa yang paling penting ialah keluarga, isteri dan anak saya telahpun menerima permohonan maaf saya,” katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak, yang turut dihadiri para penyokongnya.
Beliau merayu kepada media supaya memberikan ruang kepada keluarganya semasa mengharungi saat-saat yang getir ini.
Sambil menegaskan bahawa rakaman pita berkenaan bukan dibuat oleh beliau sendiri, Dr Chua berkata, pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas.
Beliau, bagaimanapun enggas mengulas lanjut.
Dr Chua memanjangkan permohonan maaf kepada rakan sejawatan, penyokong dan semua rakyat Malaysia.
“Saya juga ingin mengucapkan teirma kasih kepada mereka kerana keprihatinan dan sokongan menerusi panggilan telefon serta SMS,” katanya.
Ditanya pemberita mengenai tindakan selanjutnya, Dr Chua berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
“Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat. Saya sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membuat laporan polis tetapi polis sudahpun memulakan penyiasatan,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai kedudukanya dalam kerajaan, Dr Chua berkata:
“Saya berkhidmat atas kehendak Perdana Menteri.”
“Saya tidak akan membiarkan orang (lain) untuk mengancam atau menghalang tugas saya.”
Dr Chua berkata, beliau mendapat tahu mengenai rakaman itu Ahad lepas apabila seorang rakan memberikannya salinan cakera video itu.
Menteri itu berkata, segala-galanya seperti biasa baginya dan beliau akan meneruskan tugas sebagai menteri Kabinet dan di dalam MCA.
Dr Chua, yang kelihatan tenang sepanjang sidang akhbar itu, menghadiri satu majlis di Hospital Segamat sebelum berjumpa pihak media, yang disusuli dengan perjumpaan bersama masyarakat India di Labis.
Sebaik sahaja selesai sidang akhbar itu, Pengerusi MCA Bahagian Labis Tan Kok Hong berkata anggota parti bahagian berkenaan akan menyokong Dr Chua sebagai Anggota Parlimen Labis.
“Kami akan memberikan beliau sokongan agar terus menjadi calon di Labis,” katanya.
Dr Chua, yang juga Pengerusi MCA Johor, mempertahankan kerusi Parlimen Labis untuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2004 setelah menewaskan calon DAP, Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi.
Chua memperoleh 16,469 undi manakala Tee mendapat 5,740 undi. Sebelum itu, kerusi Parlimen Labis disandang bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.- Bernama
Sumber : Utusan Malaysia
+ PIKOM PC Fair 2007 (III) - Persada Johor By gie 15 December 2007 at 3:16 pm and have 7 Comments
Date : 14 - 16 December 2007
Time : 11:00 am - 9:00 pm
Venue : Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru
Aku bersama one_guy dah seorang coursemate aku pergi ke Pikom Pc Fair yang pertama kalinya diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Tgk dompet,dah nipis…bila buka,ade la 3-4 keping duit merah (rm10)
…ingatkan taknak pergi,tapi sebab ia pertama kali buat kat sane,fikir 2 3 kali,terus pergi…Dengan menunggang motor cepai aku,vroom direct ke Persada..moto plak lame tak service,ade la gak buat hal 2-3 kali tgh jalan..time2 ni plak dia meragam…aku budget sebab naik 2 org…tu yg dia merajuk..hehe…
PC Fair kali ni mmg puas hati…besar…selesa sedikit berbanding PC Fair yang sebelom ni diadakan di City Square, JB…sesak tu mmg sesak,tapi,ok la…kalau nak ikutkan hati,mmg nak je sebat sebakul dua..tapi memikirkan aku bawa motor je,tak jadi laa… (padahal duit ade rm40 je
) ) aku tak sempat nak membuat servey setiap unit cubic kat pameran tu,one_guy terima call urgent nak setelkan problem dia…adus…sebelom aku pulang dengan tangan kosong disamping flyers2 yang diberikan oleh promoter gerai,aku sempat menyambar 25 keping DVD…kali ini,aku menggunakan DVD keluaran Imation menggantikan DVD yang aku kerap guna keluaran EGEN. Kepada yang berada disekitar johor,baik korang pegi PC Fair kali ni. Dapatkan DVD Imation 16X DVD+R ,25 keping dengan harga RM22 …Percuma Cutie magnetic memo pad + Pen Imation dengan setiap pembelian DVD Imation.
Lepas ni,bolehlah aku membakar koleksi cerita-cerita yang aku cari haritu.
+ Hujan..hujan..hujan… By gie 15 December 2007 at 9:12 am and have 7 Comments
Sejak seminggu dua ni,hujan turun dengan lebatnyer sehingga banyak kawasan telah dinaiki air dan ada yang terpakse berpindah kerana keadaan telah kritikal. Banjir di Pahang dikatakan paling teruk pernah berlaku berbanding banjir yang dulu. Berikut mengikut keratan akbar Harian Metro.
Bah di Pahang semakin buruk
KUANTAN: Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila 23,232 mangsa dipindahkan ke 203 pusat pemindahan di seluruh negeri sehingga petang semalam, berbanding 12,063 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, kelmarin.
Tinjauan Harian Metro bersama Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendapati keadaan air di Temerloh, Maran dan Bera tidak berubah sejak semalam.
Dalam tinjauan itu, beberapa jalan utama masih ditutup selepas dinaiki air, malah ladang kelapa sawit di beberapa daerah turut ditenggelami air.
Keadaan bertambah buruk apabila sampah-sarap bercampur longgokan kayu mula dihanyutkan arus deras yang bakal mencemarkan pemandangan selepas banjir berakhir.
Kira-kira 1,800 kilogram pelbagai barangan termasuk beras, gula dan garam serta tikar sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bera diagihkan kepada mangsa banjir.
Semua barangan itu dihantar ke Kampung Guai, Temerloh; Felda Purun dan Kuala Bera di Bera sebelum berpatah semula ke pangkalan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Indera Mahkota di sini, jam 12.45 tengah hari.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Amran Jusoh, berkata operasi menghantar bantuan itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong dan Triang.
Menurutnya, pada masa sama, pihaknya turut membantu dua pesakit yang terkandas akibat terputus hubungan di Felda Purun, Bera, pagi semalam.
Katanya, Abdul Ghani Musa, 60, yang menghidap penyakit buah pinggang dan wanita hamil, Siti Ramea’ah Othman, 24, dari Felda Purun dihantar Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) Temerloh.
Beliau berkata, perjalanan memindahkan dua pesakit itu berjalan lancar selepas dibantu Dr Sharifah Adibah Sikh Ibrahim, 26, sebelum tiba di HSAS, Temerloh.
+ Mega promosi…!! By gie 14 December 2007 at 10:12 pm and have 5 Comments
Kali ini,nak bercerita tentang promosi yang dijalankan sempena tahun baru yang akan disambut tidak lama lagi…bukan promosi jualan mega kat mana2 supermarket,tetapi, tawaran yang ditawarkan oleh sesetengah pihak hosting untuk mengetengahkan khidmat mereka…aku sungguh tertarik,tetapi,akan memikirkan tawaran2 tersebut kerana ongkos didalam saku tinggal beberapa keping sahaja…kalaulah promosi ini dijalankan ketika kredit PTPTN penuh,tentu aku sambar semua sekali
…
Domain Promosi oleh Wizurai.Com

Murah…mmg murah…jom beli…
Promosi hujung tahun untuk bloggers dan webmaster - Year End Sale!. Internic domain (.com, .net, .org, biz, .info) dijual pada harga RM28 setahun. Tawaran sah sehingga 31 Disember 2007. Masih ada mase ni…jom serang domain sebelom kehabisan…. Untuk Info lanjut, tekan je kat sini
Hosting Promotion pulak….

Xtudent Hosting Plan adalah promosi terbaru olehExabytes Network kepada semua lapisan masyarakat. Dengan bayaran sebanyak rm99, pakage ini merangkumi Free domain(worth rm55), 1GB kapasiti storage dan 5GB bandwith bulanan…Untuk Info lebih lanjut, boleh tekan sini

Mercumaya yang pernah dipopularkan oleh Cypherhakz juga telah melancarkan pakage S yang menawarkan 5GB storage dan 50GB bandwith bulanan dengan harga rm68, tetapi tidak termasuk Domain. Pakage ini merupakan tawaran yang mmg sememangnya murah untuk dimiliki…Untuk keterangan lebih jelas,bolehlah tekan sini dan tekan sini pulak untuk chit chat tentang promosi ini…
Tidak lupa juga kepada Tuan Rumah yang mempowerkan Silentblog.Net turut mempromosikan Mini Pack kepada sesiapa sahaja. Pakej ini merupakan pakage terbaru yang dipromosikan oleh syarikat Shinjiru . Pakej ini menawarkan 10GB storage (wow,besar tu..) dan 50GB bandwith bulanan dengan harga RM99 tidak termasuk Domain . Untuk keterangan lanjut, tekan je sini dan terus mengisi borang untuk tempahan.
Banyak betul promosi…rambang mata dibuatnya…semuanye best2 belaka…ape pendapat korang tentang promosi ni…aduhai..domain aku tamat pada bulan 4 nanti…kalaulah pada masa ni,pasti aku merembat sebijik…ade ke antara korang nak belanje aku promosi ini…![]()

