Posts Tagged ‘ DSLR

D90 - D-movie DSLR…!! 09 September 2008 at 10:40 pm by gie

Salam Ramadhan kepada semua…hari ini aku nak membicarakan tentang Kamera DSLR pertama yang mempunyai funtion seperti handycam yang terdapat dipasaran sekarang…apa yang bestnya,ia juga sebuah kamera DSLR…2 function dalam satu kamera…Ternyata seronok bukan…Kamera terbitan Nikon ini mempunyai image sensor terbaru, Nikon DX-format CMOS. Ia juga mepunyai funtion Live View yang juga terdapat pada model D300, D700,dan D3…Anda boleh menyemak kelebihan dah spesikulasi Kamera tersebut di Nikon Malaysia. D90 telah dikeluarkan dipasaran pada 27-08-2008 iatu lebih kurang 13 hari yang lepas dan sememangnya tengah hangat dipasaran. Engadget telah membuat review D90 dipasaran…

Apa yang mengujakan aku ialah D-movie yang dihasilkan oleh kamera ini…kualiti video yang dihasilkan sangat memberangsangkan….anda boleh melihatnya sendiri di bawah ini…

D90 video samples by dpreview.com

D90 sample movie 1
• original .AVI format
• 21 seconds, 35.7 MB

D90 sample movie 2
• converted to H.264 MPEG (.MOV)
• 21 seconds, 11.3 MB

D90 sample movie 3
• original .AVI format
• 9 seconds, 24.5 MB

D90 sample movie 4

• converted to H.264 MPEG (.MOV)
• 10 seconds, 19 MB

Ternyata, rekaan pertama kamera DSLR + D-movie tidak menghampakan…kualiti superb…So,sape yang mahu belanja aku kamera ini…? harga kasar untuk D90 dengan kit lens dianggarkan dalam 5k:D

+ Persidangan di Melaka By gie 28 March 2008 at 10:06 am and have 17 Comments

Pada hari Rabu yg lepas (26 Mac 2008), krew sbl (bebudak kos aku) telah dijemput untuk bersidang di Melaka Bandaraya Bersejarah tentang kerajaan baru yg ditubuhkan oleh Jabatan Senibina Landskap UTM. Persidangan ini dimulakan seawal jam 8 pagi (bertolak dari UTM) dan tiba di Melaka pada jam 11 pagi. Antara agenda yang berlaku adalah lawatan rasmi ke Taman Seribu Bunga, seterusnya persidangan di Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Antara isu yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan pengurusan, sistem, anggota, teori dan praktikal tentang Taman Seribu Bunga di Melaka. Lawatan kami berakhir dengan window shoping di Bandar Hilir Melaka.

pst: sebenarnya lawatan sempena subjek yg kiteorg amik..tapi,cam grand kan…aku tak banyak snap gambar…maklumlaa…tgh malas2 nak usung psp aku ni…baik aku layan lagu je…hehe…

Kene Tag oleh Pluginbaby

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:

1. Dslr

2. Graduate with 3. above

3. Mac Book

4. Holiday at Japan

5. PSPhone

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:

1. Tak sabar nak snap gambar…banyak perkara yang aku dah listkan berkaitan dengan dslr ni…antaranya, kalau berkesempatan,semua rakan2 aku yang bersanding @ mendirikan rumahtangga,aku nak snap pic diaorg…aku…?lambat lagi….aku bukan seperti bro zul yang tgh happy sekarang….

2. Untuk dapat kerja….pointer sekarang,mmg menyedihkan….

3. Antara gadget yang aku ingin miliki…tak dapat macbook,tweak osx pun jadilah…hehe…

4. Aku berangan nak kesitu sejak tabika lagi…haha…tul ke..?tah laa…awek aku YUI, lame dah menanti aku kat sane…aduh…”Abg tak dapat datang sekarang, tiket flight dah habis….” hehe…

5. wat masa ni,kalau nak upgrade phone,ni wishlist aku…kalau ade rg nak bagi N95 ke, N80 ke,tangan ni sentiasa terbuka untuk menerima….sape berani..sponsor aku….aku cabar….!!!

THE PERSON WHO TAGG-ED YOU IS : Pluginbaby

5 IMPRESSIONS OF HIM/HER:

1. Kau suka,aku pun suka.

2. Makin bersemangat nak tulis blog.

3. Ganas tapi lovin (bak kata xero dengan syia…)

4. Hensem (aku tak pernah tgk ko lagi..)

5. Sgt membantu…(kau upload la banyak2 sikit,aku dah malas gile nak cari album baru ni…)

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:

kau buat ape kat aku wei….?kene pk balik ni….mmm….akan diisi kemudian…hehe…

MOST LOVED INVENTION (doesnt have to be technically advanced)

belom ada…tak pernah lalui…sad…no komen :(

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:

Orang yg suka mengambil kesempatan keatas org yg berlaku baik. Hentikanlah perbuatan itu.

6 PEOPLE YOU WANNA TAG:

1. Aman (aku belom singgah lagi blog baru dia..aku nak inform gune trackback je..hehe)

2. Rasso (aku pernah nampak kau,ko tak pernah nampak aku…ape yg ko rasa… :D )

3. Aj (domain baru dengan guna mac…komen kau dipersilakan…)

4. Khai (makin mantap dia ni….khai…ape kata ko plak kat aku…)

5. Dungun (sesekali,nak tau gak ape pendapat kenalan dari internet bukan…? )

6. Madnilk (aku dah tak boleh spam ko lagi….kau pasang la shoutbox)

Usya Rakan - Rakan

1. Sape suka lukisan potret percuma…?sumer suker kan…masukkan email dan nama korang kat Potret Percuma oleh Wanwma . Aku dah isi,hope menang la bulan April ni…hehe…Mael dah menang…kita tunggu je gambar mael nanti

2. Free Premium wordpress theme dikumpul oleh Hongkiat dan yang direkomen oleh Mael. Masa untuk berubah ke yg lebih baik. Jom ramai2 tukar ke magazine theme…cool plak aku usya…

Flickr : , , , , , , , ,
Zooomr : , , , , , , , ,
Del.icio.us : , , , , , , , ,
Technorati : , , , , , , , ,

+ DSLR : which one da best..!! By gie 09 February 2008 at 12:40 pm and have 22 Comments

dslr

Argh..!! gila sekejap ketika membuat pilihan dslr yang hendak ku rampas sebagai gadget terbaru aku…cukup pening apabila membuat perbandingan antara dslr..semua org pun tahu,kita perlu membuat sedikit kajian terhadap barang yang hendak dimiliki,terutamanya kegunaan,keselesaan dah kemesrapenggunaan, brand (sesetengah orang) dan tidak lupa juga harga (budget)…pening mencari senarai harga pasaran setempat (market price untuk dslr)….terpakse aku bersengkang mata mencari info-info tentang harga tetapi akhirnya menemui jalan buntu…tak jumpe senarai harga penuh untuk dslr…sape2 yang ade info tentang senarai harga dan kedai yang menawarkan harga yang berpatutan,diharap boleh berkongsi disini…aku memerlukannya untuk meneruskan membuat kertas kerja susulan,atau laporan tentang gadget terbaru itu…

“ko gila ke tetiba je nak dslr ni”

hurm…Sebenarnya,aku tak terpk pun nak mengkaji lebih dalam tentang dslr ni…sebelom ni, fahmishah ade menyatakan keinginannya untuk memiliki sebijik dslr berdasarkan minat beliau dalam bidang fotografi…Aku pula??Baiklah,aku ceritakan jalan cerita sehinggalah terbukanya pintu hati aku mencari dslr ni…

Sejarah Hidup aku dan SLR/DSLR
Aku sebenarnya mmg meminati bidang fotografi sejak dibangku sekolah lagi,tetapi disekat kerana sebab-sebab tertentu…slr pertama aku pegang,ketika di tingkatan 4,ketika salah seorang budak dorm aku mengeluarkan sebijik kamera oylmpus (tak ingat model ape) dari loker…perasaan hendak memiliki tu terlalu jauh,kerana,aku bukan jenis berwang..hanya impian aku bina selama ini….ketika aku di matrikulasi,langsung tidak berupaya untuk mendekati perkembangan slr ini…sedih gak…

Aku bersyukur,kerana dapat masuk ke UTM ni…tahun pertama,aku dikejutkan dengan satu kelab yang sangat aktif iaitu Kelab Fotokreatif UTM,dimana kelab ini diberi mandat untuk mengambil gambar tahunan konvokesyen….wow…aku mendaftar sebagai ahli baru untuk kelab tersebut…terima kasih tidak terhingga kepada KFK sebab mengajar aku tentang slr kamera walaupun aku noob gila tentang slr…diberi kelas bimbingan oleh salah seorang ahli kelab tersebut yang mempunyai banyak pengalaman dan tips2 dalam bidang fotografi….Perkenalkan,sifu aku Azril Hafiz,sebab dia yang handle group aku mase tu…mmg teruja dengan slr kamera ni tetapi sekali lagi hajat aku tidak kesampaian sebab tak dapat join practical fotografi kat Cameron Highland..Selepas itu, hubungan aku dengan KFK semakin jauh…Tahun 2 di UTM pun kelihatan hambar sebab aku tidak berupaya meluangkan masa dengan KFK dah semakin ketinggalan…aku seperti berputus asa….

Tahun 3
di UTM,aku dikejutkan sekali lagi apabila diberi kepercayaan oleh Hurriyah (cik yah) untuk join Unit Pengambilan Gambar Graduan tuk Konvokesyen ke 38…tapi,mase tu,aku diambil sebagai videoman..tak kisah la…sambil2 tu,aku mempelajari balik asas2 slr…(mencari semangat yang pudar) dan juga dslrAlhamdulillah…semuanya berjalan dengan baik dah aku dapat join Praktikal di Langkawi…Setelah banyak kenangan manis aku lalui dengan KFK, aku terpaksa berundur diri dari kelab KFK berikutan kesibukan yang melanda diri…aku rindu saat manis aku dengan KFK…Sehingga kini,aku tak dapat nak lepak sane n ramai dah budak2 baru yang aku tak kenal…tak kisahlah..janji kelab tu havoc n da best…aku still contact dengan dak lama yang banyak mengajar aku… :D

Lari tajuk pulak..!!
Aduhai…lari tajuk aku…kisah hidup plak yang aku highlightkan…Berbalik kepada tajuk atas atas,aku nak minta pendapat korang tentang kamera yang paling disyorkan tak kisahlah untuk aku,ataupun untuk org lain….mungkin ramai mempunyai pendapat tersendiri….Aku membuat sedikit pembacaan di forum Lowyat dan mempunyai sedikit input tentang dslr yang terkini…untuk peringkat beginner photographer, menurut perbandingan antara Nikon D40, Canon Eos 350D dengan Sony Alpha A200, ramai yang mengundi Sony Alpha A200 adalah permulaan yang bagus untuk entry level photographer….Aku memerlukan sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk memberi sedikit komen tentang perbandingan yang dibuat…diharap,dia dapat membantu,aku dan ramai rakan-rakan yang ingin memulakan hidup baru sebagai photographer…juga kalau ade komen tentang kelas semi pro dimana gadjet yang bertanding ialah Nikon D80 dengan Canon Eos 40D..mana lagi best…??