Posts Tagged ‘ kawan

4 Tahun Sekali 29 February 2008 at 11:34 pm by gie

4 tahun sekali

Pertamanya,aku memohon maaf sebab tiada update sejak kebelakangan ini disebabkan kerja yg terlalu banyak hendak diselesaikan….baiklah..entri pendek kali ini aku tulis berikutan keunikannya yang akan terjadi 4 tahun sekali…mesti korang dah tau kan…? ya… 29 Februari akan terjadi 4 tahun sekali…so,sape yang menulis pada hari ini akan dikatakan entri yg unik untuk tempoh 4 tahun berkenaan..menarik bukan…?kepada yang dilahirkan pada tarikh ini,umur korang akan jadi lambat la eh…? 4 tahun sekali sambut hari lahir…huhu…siapa ada tulis entri pada hari ini…aku ping korang…tunggu….

Entri rakan-rakan pada 29 Februari….
1. MohdIsmail[dot]net dengan 5 laman web kegemaran Mohd Ismail
2. Megat dengan Pilihan Raya Umum 12 : Pilihan anda!? dan Suara blog
3. Kongsiblog dengan Plugin Anti Spam Pada Blog Yang Menggunakan Worpdress?
4. Khai dengan 5 Website Kegemaran Khai
5. Melayubuntu dengan Cerita tentang laptop £99
6. Azharahmad dengan Dari Emel - Bayi Yang Berkata-kata dan Merah Menyala
7. Deen dengan Martian Child~ haru haru dan Masam Manis Masin
8. Azmie dengan 29th February
9. Keroro dengan Don’t let the Easter bunny sneak up on you!, Pembangunan Di Dungun : Persoalan dan Jawapan danVery Funny

kalau aku reti gune feed kan bagus..google reader ke…senang aku pingback korang,tapi,aku tak tau..haha…artikel kat atas ni aku lawati sendiri..mane yg ade entri 29 Februari,aku tulis..kalau takde,takde la ye…sape ade lagi entri 29 Februari…kasitau aku..aku update artikel tersebut…

+ Bundle Update #1 By gie 15 February 2008 at 7:08 pm and have 6 Comments

Trip Studio
Teluk batik

Lama betul aku tidak mengemaskini blog seperti biasa…Minta Maaf dipohon kepada pengunjung yang tak pernah jemu datang kesini selama ketiadaan aku..aku tidak berkesempatan untuk menulis pemergian aku ke Perak atas urusan pembelajaran…pada masa nak pergi,aku sibuk menyiapkan perkakas-perkakas yang perlu dibawa ke sana…ditambah lagi dengan keadaan demam yang berlarutan,aku gagal menulis apa-apa memo kepada kalian semua…maaf ya…Selama 4 hari,3 malam aku disana….dah pastinya ade kenangan yang boleh dikongsi bersama…aku akan mengulasnya kemudian hari berikutan entri kali ini berbentuk bundle…hehe…nantikan….

Prison Break Season 3 episode 12 : Hell or High Water
pbe12

Episode Number: 56
Season: 3
Season Episode #.: 12
Original Airdate: Monday February 11th, 2008
Summary : The escapees find success for some, if not all in their attempt, and are assisted by an unexpected source. But a mistake finds one escapee leaving behind something.
Source : TVRage

Pergi trip pun tak keruan…hati sibuk nak tgk episode terbaru prison break…haha….nak mencari internet kat sana,mmg tak sempat..terpaksa tunggu balik ke UTM,baru ble tgk…balik2 plak internet selow tahap dewa…nasib baik wireless boleh digunakan,walaupun perlahan..takpe..janji boleh tgk…Scofield dah keluar,Sucre plak kene tahan…aduhai..tak sabar nak nantikan episode seterusnya…

Nak Link..?ni ade hadiah…
1. Direct Link lambat,menyesal…
2. Netload laju gak ni…
3. Direct link lagi…

Video + Magic
Magic
Minat silap mata…jom tgk video dia kat Penguin Magic….aku suka video camni…sapa nak buat koleksi,leh dapatkan demo dia di SINI…erm..btw,sape kat sini pandai,leh tak ajar aku camne nak buat trick tu..hehe…boleh la tunjuk kat org lain…Yang ni plak,lain kisahnya…Kereta kelisa di UK…aduh…

Si Penyaman Gondreng….!!
Yg ni aku cam malas nak ulas…balik je UTM, si keparat UTM (pak gut) telah melayangkan 3 surat saman kepada aku dah motosikalku…mmg haram laa…kalau sikit takpe..satu saman lalulintas (arini dapat) dan sebelom tu,parking…dia cas sekali 3 saman dalam satu surat…satu lagi pun sama…3 saman dalam satu surat…kalau satu surat,satu saman takpe….ni dengan belagak,angkuh, letak surat tu kat moto aku…saman pandai..kalau ade kes kecurian,buat tak tau plak..mmg @#$!#$?* la…geram gile..tak pasal2 aku kene 7 kesalahan x RM25 =RM175 dalam seminggu…kau tunggu je la…vandalism akan berlaku kalau saman masuk dalam akaun aku…aku rugi,kau pun kene rugi…

Hurm…oklaa..setakat ni je update terbaru..nanti aku bagitau selanjutnya…sekian…

+ Diriku semakin berusia By gie 06 February 2008 at 1:32 am and have 28 Comments

Besday

Tepat jam 12.00am, 06 Februari 2008, genaplah usia 23 tahun…. “dah besar panjang ko gie” kataku berseorangan….kalaulah org lain,mesti nset penuh deringan,sms masuk tak henti-henti…aku…?seperti tahun-tahun lepas, takde perkara yang menarik untuk dikongsi…seperti malam2 sebelum ni…sama ja..tidak perubahan…ada 4 kali nset aku berbunyi,menandakan ada sms aku terima…Alhamdulillah…ada juga org yang ingat kat aku… :) petang tadi,aku telah menelefon bonda aku dikampung…asyik bergayut,sampai tak ingat dunia..ye laa…lama tul tak borak… :p …sebelum memutuskan talian,sempat bonda aku bertanya…

“besday abg ipin esok kan..?abg ipin balik khamis kan..?tunggu abg ipin balik je la ye,baru sambut”

kesian bonda aku…mesti dia dah plan apa2 untuk sambut harijadi anaknya…aku pula,masih berada di UTM,untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh….sedihnya…terase nak balik umah je skang…Rindu kat masakan bonda aku ni…Hurm…nampaknya,kakak aku pun dah terlupa akan tarikh ini….mungkin serik sebab sejak 2 tahun lepas,dia terwish awal seminggu….tergelak aku bila mengenangkan detik2 itu…hehe…erm..okla…kita tunggu esok….apa pula kisahnya….

+ Tag : 8 pula dari harubiru By gie 04 February 2008 at 6:18 pm and have 27 Comments

8

8 kali ni bukan promosi 8pax yang aku ceritakan pada artikel lepas…tapi,ia merupakan permaianan para blogger atau webmaster ketika mempunyai masa yang sangat lapang.. :DTag kali ini datangnya dari ShadowX_19 (dia tag,tapi tak bagitau pun org yg ditag…lupe baca syarat dia ke…? :p ) …

The Rulez
1. Link to your tagger and post these rules. (kau akan terima Pingback dari aku)
2. List eight (8) random facts about yourself. (kat bawah..lari lari..~~)
3. Tag eight people at the end of this post and list their names. (jaga ko,sape yg kena)
4. Let them know they’ve been tagged by leaving them a comment on their blogs (nantikan kedatangan aku)

8 Perkara tentang aku
1. Merupakan anak ke-2 dari 4 adik beradik…anak lelaki sulung…sorg akak dan 2 org adik lelaki…Sgt suka masakan emak..sumer sekali :D . Menetap di Muar bersama keluarga.

2. Pelajar tahun akhir dalam Sarjana Muda Senibina Landskap di Universiti Teknologi Malaysia. (Insyaallah) . Penghuni tetap B07 (studio kat Fakulti Alam Bina, FAB), walaupun telah mempunyai bilik sendiri di XC1 605, Kolej 17. :D

3. Peminat tegar TV Series seperti Prison Break, Heroes, Supernatural, Smallville, Dexter, Bionic Women, Dunia Baru, kami dan sebagainya. Sanggup menghabiskan masa terluang dengan menonton cerita2 ini,walaupun mempunyai kerja yang bertingkat-tingkat…

4. Kalau shadow sukar untuk tdo,aku pula sebaliknya…Aku boleh stay up lama ke pagi,tapi,bile tiba waktunya,aku akan tdo dan ianya mengambil masa tidak lama…sorongkan je bantal,tak sampai 30 saat,aku dah hanyut…mungkin sebab penat,tapi,ramai yang mengatakan aku ni nobita….

5. Pendownload tegar…haha…harddisk 300GB (maxtor) + 160GB (hitachi) + 30GB (external hdd, hitachi) + 1GB kingstone pendrive,sumer dah nak penuh dengan stuff2 yang aku download…movie, tv-series, software, OS, dan memacam lagi… Koleksi DVD yang aku burn telah mencecah 300+ keping…bukan CD

6. Mempunyai gadjet yang banyak menghiburkan aku seperti sebijik PSP (sekend je,bercadang nak sambar sebijik lagi jenis slim), 2 nset (satu nokia 3230 yang dibeli kat azmie , satu lagi,curi adik aku punye ), Sebijik lattop acer dah kene curi :( , sebijik PC (teman hidup aku sekarang), tidak berjam tangan dan bercadang untuk memiliki DSLR (aku pun minat fotografi)dan Video Cam…menggunakan motor kepunyaan mak aku untuk ke kelas dan tidak bercadang lagi untuk memiliki kereta…(tunggu aku kerja)

7. Seorang pendiam, low profile, dah suka lepak sorang-sorang…ambil masa untuk mengenali seseorang dan jenis yg mudah percaya kat org (bahaya tabiat ni,perlu ubah) …Semakin membesar bagai johan… (naik medadak ni) tak tau ape punca… cepat sensitif sejak dua menjak ni..mungkin sebab usia semakin tua… suka bila ade aktiviti berbentuk kemasyarakatan/komuniti… suka windows shoping…hahaha….

8. Single n avaiable..tak boleh komen panjang…mmmm

Sedikit sebanyak tentang aku,dan dibawah ni adalah pemenang bertuah
1. Syia (aritu aku nampak dia intai blog ni…hehe)
2. Melayubuntu (nak dengar plak cerita dari Jepon)
3. Dfebian (satu2nya anak buah silentblog)
4. Epan (dalam senyap2,nk berblog semula :) )
5. Mira (dengar cerita dari Indon plak)
6. Rasso (balik Maskara,ade kerta tambahan tuk ko )
7. Skyati (kak,bile balik umah..? )
8. reserve… (sape nak,pm ye :p )

+ Tag : Tambah linkback blog By gie 05 January 2008 at 12:16 pm and have 7 Comments

Salam semua…Saya rase telah berkurun lamanya Blog ini tidak di’tag’ oleh blogger - blogger lain…Ingatkan,permainan ini telah dilupakan… Pagi tadi, saya menerima komen oleh bro Zul yang menyarankan saya untuk pergi ke blog beliau untuk mengambil sedikit hadiah… :p …aduh…berikut adalah syarat dan tujuan permainan ini dilakukan….

Oleh kerana tiada nama yang khas untuk permainan ini,anda berhak untuk member apa-apa nama,asalkan syarat syarat dia dipenuhi

Tujuan..
Kepada yang mementingkan traffic atau linkback ke blog mereka, permainan ini sedikit sebanyak membantu untuk meningkatkan ranking di Technorati, Google page rank, Alexa rank dan sebagainya….menurut kata bro zul, ” dengan hanya satu entry anda boleh mengandakan pendapatan anda berlipat ganda” …disini juga,anda berpeluang menjana komuniti dan menambah rakan-rakan…bagus bukan

Syarat-syarat penyertaan…
1. Mestilah yang terkena Tag.. (senarai dibawah)
2. Listkan senarai link tag yang tersedia ada…
3. Tambah 5 link (tag) anda…
mudah kan…? :)

List Tag Sekarang….
1.The Strategist Notebook
2.Link Addiction
3.Ardour of the Heart
4.When Life Becomes a Book
5.The Malaysian Life
6.Yogatta.com
7.What goes under the sun
8.Ubuntu For Malaysian
9.Arsenal Malaysia
10. Malaysian Computer Technical Blog
11.TeqEdge
12.Qubix Blog
13.Silent Blogger (blog saya)
14.Senyuman Sedekah
15.Teranung.blogspot
16.Aku tetap aku
17.Taszara.com

Mereka yang bertuah..
18. Blogaku.net (datmabh domain lagi ye..? )
19. Harubiru (wei,aku ade projek tuk ko)
20. Teratak Nurani
21. Rasso (lama tidak berupdate,ade kerja tuk anda)
22. Azmie (lama tidak bertandang ya..? )