Posts Tagged ‘ kawan

Selamat Tahun Baru 2008 29 December 2007 at 5:25 pm by gie

Tahun Baru 2008

Pejam celik,pejam celik, nak masuk tahun 2008 dah…banyak kenangan sepanjang tahun 2007 aku bawa bersama…Kehidupan mesti diteruskan,walaupun banyak dugaan yang melanda…aduh..tak tahu sampai bila harus aku hadapi…Sememangnya,setiap tahun,mesti ade je azam yang akan dibuat…Aku plak,tak pasti…perkara itu azam atau tidak…aku tidak suke berazam…tapi,tahun ni,banyak perkara yang akan aku lakukan….lebih mudah kalau aku mensinopsiskan semua perkara…mudah kan…

Azam tahun 2008

1. Berjaya dalam pelajaran.
Sem ni merupakan sem terakhir bagi aku….tapi,aku mendapat persetujuan daripada orang tua aku untuk melanjutkan pelajaran aku di UTM (extend :)) )..macam tak percaya…subjek yg aku bawa tuk final terlalu gagah…skang,tgh 50 50…kalau terlalu berat,mungkin aku terpakse menjatuhkan subjek aku…peristiwa sem lepas,membuatkan aku lebih tabah dan cekal…sungguh kecewa n marah dengan sikap sesetengah orang melayu yang suka menjatuhkan kaumnya sendiri, untuk kepentingan sendiri….

2. Berjaya dalam aktiviti luar…
Kalau dah last sem,mesti korang sumer dah sibuk mencari kerja. takkan lepas grad nak goyang kaki kat umah je….skang ni,aku dah mula wat kerja2 luar (part time) sebab aku nak menambahkah keyakinan diri tentang kerja yang aku akan amik…serius..aku ni jenis yang tidak ramah kalau berjumpa…adus…takpe..”saya boleh” ..selain itu,leh la menampung duit kocek aku yang makin surut ni….

3. Berjaya Dalam Dunia Maya
Yang ni,susah sket…sebab aku bukan base ini,aku memerlukan masa yang banyak untuk berjaya dalam bidang ini…tapi,dalam hati mmg teringin nak berjaya…

4. Berjaya dalam Percintaan
Hahaha….jgn gelakkan aku…sedih ni… aku dengan rasso patut menubuhkan “Kelab single” berikutan awek yang tak ble nak lekat kat kitaorg…hurm…jeles gak tgk kawan2 cam khai(dengar sibuk nak bertunang), Cypher, ejon, Ijud, Abah , Epan n lain2,sumer dah berpunya.. (aku dengan rasso je ke yg takde ni ) …perkara ni,aku tak pasti..silap2,naik 2009 pun takde lagi :((

Read the rest of this entry →

+ Filter + Block + Pro*y + Damn… By gie 25 December 2007 at 11:33 am and have 6 Comments

Down

Bangun2 dari tido, aku mencapai pc aku untuk melihat bahan yg aku download sudah siap atau blom…Dengan mata terkebil2,aku melihat IDM aku….Alhamdulillah…semua telah berjalan dengan lancar sepanjang aku dibuai mimpi….lepas tu,aku buka Musang Berapi aku…

“Server not found”

dammit..internet takde plak…camne aku nak mengharungi harini…secara tiba2..
.“You have 27new mail message(s)” kluar dari bawah taskbar…apehal plak ni…dah ade ke internet….aku check balik Musang Berapi aku,dah tekan button “Home” menuju je laman En Google….masih lagi mendapat error kat atas tu…aku mula mengesyaki sesuatu…aku tekan plak button Umah Aku…load dengan lajunyer…
Read the rest of this entry →

+ Mega promosi…!! By gie 14 December 2007 at 10:12 pm and have 5 Comments

Kali ini,nak bercerita tentang promosi yang dijalankan sempena tahun baru yang akan disambut tidak lama lagi…bukan promosi jualan mega kat mana2 supermarket,tetapi, tawaran yang ditawarkan oleh sesetengah pihak hosting untuk mengetengahkan khidmat mereka…aku sungguh tertarik,tetapi,akan memikirkan tawaran2 tersebut kerana ongkos didalam saku tinggal beberapa keping sahaja…kalaulah promosi ini dijalankan ketika kredit PTPTN penuh,tentu aku sambar semua sekali :D

Domain Promosi oleh Wizurai.Com

Domain murah

Murah…mmg murah…jom beli…:D Promosi hujung tahun untuk bloggers dan webmaster - Year End Sale!. Internic domain (.com, .net, .org, biz, .info) dijual pada harga RM28 setahun. Tawaran sah sehingga 31 Disember 2007. Masih ada mase ni…jom serang domain sebelom kehabisan…. Untuk Info lanjut, tekan je kat sini

Hosting Promotion pulak….

Xstudent promotion
Xtudent Hosting Plan adalah promosi terbaru olehExabytes Network kepada semua lapisan masyarakat. Dengan bayaran sebanyak rm99, pakage ini merangkumi Free domain(worth rm55), 1GB kapasiti storage dan 5GB bandwith bulanan…Untuk Info lebih lanjut, boleh tekan sini

Mercumaya
Mercumaya yang pernah dipopularkan oleh Cypherhakz juga telah melancarkan pakage S yang menawarkan 5GB storage dan 50GB bandwith bulanan dengan harga rm68, tetapi tidak termasuk Domain. Pakage ini merupakan tawaran yang mmg sememangnya murah untuk dimiliki…Untuk keterangan lebih jelas,bolehlah tekan sini dan tekan sini pulak untuk chit chat tentang promosi ini…

minipack Tidak lupa juga kepada Tuan Rumah yang mempowerkan Silentblog.Net turut mempromosikan Mini Pack kepada sesiapa sahaja. Pakej ini merupakan pakage terbaru yang dipromosikan oleh syarikat Shinjiru . Pakej ini menawarkan 10GB storage (wow,besar tu..) dan 50GB bandwith bulanan dengan harga RM99 tidak termasuk Domain . Untuk keterangan lanjut, tekan je sini dan terus mengisi borang untuk tempahan.

Banyak betul promosi…rambang mata dibuatnya…semuanye best2 belaka…ape pendapat korang tentang promosi ni…aduhai..domain aku tamat pada bulan 4 nanti…kalaulah pada masa ni,pasti aku merembat sebijik…ade ke antara korang nak belanje aku promosi ini…:D

+ Kulit Dinding Baru..!! By gie 07 December 2007 at 9:46 pm and have 10 Comments

Kulit dinding baru

Salam kepada semua rakan yang selalu/kerap datang ke blog ni…kalau dilihatkan,ade perubahan yang telah berlaku daku lakukan,setelah sekian lama menyepi diarena ini…terdapat banyak perkara2 berlaku sepanjang ketiadaan daku…kalau ingin diceritakan,terlalu panjang…izinkan daku meringkaskan perkara2 telah dialami….

1. aku telah menggantikan kulit dinding yang baru,menggantikan kulit dinding lama kepunyaan Design Disease kali ini,aku menggunakan kulit dinding kepunyaan orang malaysia…yeah….

FTW 2.0 wordpress theme
 FTW 2.0 wordpress theme
Lihat Entri Thema wordpress | Live Demo | Muat Turun Thema

2. Blog ini masih dalam proses mengupdate plugin serta sedikit modifikasi thema..hurm..tgh memikirkan ape yang hendak dimodifikasi…

3. Ijud akan melancarkan 4 themanya untuk orang ramai…begitu juga dengan Flisterz yang telah melancarkan Freicurv sebagai thema baru untuk dimuatturun….(mesti download)

3. Acul telah berpindah ke rumah baru,meninggalkan rumah lamanya yang luas,tetapi kurang selesa dan tidak mesra pengguna.. :pFauzi aka cypherhackz turut bilik lamanya ke rumah baru yang kelihatan lebih selesa…(aku suke thema ni…simple dan menarik)

4. Penggunaan Ultrasurf di UTM telah disekat…aduhai…sekarang bergantung kepada PHProxy kepunyaan Emptyspace untuk melihat forum2 yang telah ditapis oleh pihak Universiti…terputus bekalan download daku…

5. Gallery akan dibuka dan sedikit download page akan diupdate dari masa kesemasa..bergantung kepada kerajinan aku untuk membetulkannya…

cukup sampai disini sahaja..kesihatan diri tidak terlalu baik ketika ini kerana hujan yang turun sejak kebelakangan ini….