Posts Tagged ‘ News

4 Tahun Sekali 29 February 2008 at 11:34 pm by gie

4 tahun sekali

Pertamanya,aku memohon maaf sebab tiada update sejak kebelakangan ini disebabkan kerja yg terlalu banyak hendak diselesaikan….baiklah..entri pendek kali ini aku tulis berikutan keunikannya yang akan terjadi 4 tahun sekali…mesti korang dah tau kan…? ya… 29 Februari akan terjadi 4 tahun sekali…so,sape yang menulis pada hari ini akan dikatakan entri yg unik untuk tempoh 4 tahun berkenaan..menarik bukan…?kepada yang dilahirkan pada tarikh ini,umur korang akan jadi lambat la eh…? 4 tahun sekali sambut hari lahir…huhu…siapa ada tulis entri pada hari ini…aku ping korang…tunggu….

Entri rakan-rakan pada 29 Februari….
1. MohdIsmail[dot]net dengan 5 laman web kegemaran Mohd Ismail
2. Megat dengan Pilihan Raya Umum 12 : Pilihan anda!? dan Suara blog
3. Kongsiblog dengan Plugin Anti Spam Pada Blog Yang Menggunakan Worpdress?
4. Khai dengan 5 Website Kegemaran Khai
5. Melayubuntu dengan Cerita tentang laptop £99
6. Azharahmad dengan Dari Emel - Bayi Yang Berkata-kata dan Merah Menyala
7. Deen dengan Martian Child~ haru haru dan Masam Manis Masin
8. Azmie dengan 29th February
9. Keroro dengan Don’t let the Easter bunny sneak up on you!, Pembangunan Di Dungun : Persoalan dan Jawapan danVery Funny

kalau aku reti gune feed kan bagus..google reader ke…senang aku pingback korang,tapi,aku tak tau..haha…artikel kat atas ni aku lawati sendiri..mane yg ade entri 29 Februari,aku tulis..kalau takde,takde la ye…sape ade lagi entri 29 Februari…kasitau aku..aku update artikel tersebut…

+ Teman Baru By gie 04 January 2008 at 7:00 pm and have 13 Comments

Awek Ubuntu Selamat tahun baru kepada pengunjung setia Silentblog.net …saya memohon maaf sekiranya telah lama tidak memperbaharui artikel - artikel didalam blog ini…ini berikutan,tiada bahan yang hendak diutarakan serta sibuk bersama teman baru saya…Sebenarnya,telah lama saya memendam perasaan terhadap si dia,tetapi tidak berupaya untuk meluahkan… Mungkin saya mempunyai alasan tersendiri untuk bertindak demikian…. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada bro zul kerana memberi semangat untuk terus mendapatkan si dia:) Terima kasih…Baiklah..saya perkenalkan kepada kalian semua….
Read the rest of this entry →

+ hangat..hangat… By gie 01 January 2008 at 7:23 pm and have 2 Comments

“sayalah orangnya dalam pita seks” kata Chua Soi Lek

01/01/2008 6:46:39 p.m.

LABIS 1 Jan Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengakui bahawa beliaulah orangnya dalam pita yang merakamkan aksi hubungan seks bersama seorang wanita, dengan salinannya diedarkan secara meluas di Johor.

Di sebalik pengakuan itu, Dr Chua menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.

Sambil membaca kenyataan yang disediakan pada sidang akhbar yang diadakan di pejabat MCA Labis di sini, menteri itu menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.

Katanya, beliau bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bagi memberikan sendiri penjelasan dan memohon maaf kepada Perdana Menteri.

Dr Chua berkata, beliau turut berjumpa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berhubung perkara itu.

“Apa yang paling penting ialah keluarga, isteri dan anak saya telahpun menerima permohonan maaf saya,” katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak, yang turut dihadiri para penyokongnya.

Beliau merayu kepada media supaya memberikan ruang kepada keluarganya semasa mengharungi saat-saat yang getir ini.

Sambil menegaskan bahawa rakaman pita berkenaan bukan dibuat oleh beliau sendiri, Dr Chua berkata, pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas.

Beliau, bagaimanapun enggas mengulas lanjut.

Dr Chua memanjangkan permohonan maaf kepada rakan sejawatan, penyokong dan semua rakyat Malaysia.

“Saya juga ingin mengucapkan teirma kasih kepada mereka kerana keprihatinan dan sokongan menerusi panggilan telefon serta SMS,” katanya.

Ditanya pemberita mengenai tindakan selanjutnya, Dr Chua berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

“Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat. Saya sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membuat laporan polis tetapi polis sudahpun memulakan penyiasatan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kedudukanya dalam kerajaan, Dr Chua berkata:

“Saya berkhidmat atas kehendak Perdana Menteri.”

“Saya tidak akan membiarkan orang (lain) untuk mengancam atau menghalang tugas saya.”

Dr Chua berkata, beliau mendapat tahu mengenai rakaman itu Ahad lepas apabila seorang rakan memberikannya salinan cakera video itu.

Menteri itu berkata, segala-galanya seperti biasa baginya dan beliau akan meneruskan tugas sebagai menteri Kabinet dan di dalam MCA.

Dr Chua, yang kelihatan tenang sepanjang sidang akhbar itu, menghadiri satu majlis di Hospital Segamat sebelum berjumpa pihak media, yang disusuli dengan perjumpaan bersama masyarakat India di Labis.

Sebaik sahaja selesai sidang akhbar itu, Pengerusi MCA Bahagian Labis Tan Kok Hong berkata anggota parti bahagian berkenaan akan menyokong Dr Chua sebagai Anggota Parlimen Labis.

“Kami akan memberikan beliau sokongan agar terus menjadi calon di Labis,” katanya.

Dr Chua, yang juga Pengerusi MCA Johor, mempertahankan kerusi Parlimen Labis untuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2004 setelah menewaskan calon DAP, Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi.

Chua memperoleh 16,469 undi manakala Tee mendapat 5,740 undi. Sebelum itu, kerusi Parlimen Labis disandang bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.- Bernama

Sumber : Utusan Malaysia

+ Yahoo Messenger Vista for XP By gie 28 December 2007 at 10:58 pm and have 3 Comments

About Yahoo Vista

Connect with all your friends
Instant message with a world of friends who use Yahoo! (or Windows LiveTM Messenger). Invite friends

Stay in control…24/7
Decide who sees you online with stealth settings.

Share away
Swap photos and files (huge ones) in real time. Plus enjoy voice calls and webcam video.

Mesti ramai yang telah mengetahui tentang Yahoo Messenger for Vista Priview (untuk pengguna Windows Vista)…sekarang,ia boleh digunakan oleh pengguna Windows XP…Bagus bukan…? :))
Read the rest of this entry →

+ PIKOM PC Fair 2007 (III) - Persada Johor By gie 15 December 2007 at 3:16 pm and have 7 Comments

Persada Johor
Date : 14 - 16 December 2007
Time : 11:00 am - 9:00 pm
Venue : Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru

Aku bersama one_guy dah seorang coursemate aku pergi ke Pikom Pc Fair yang pertama kalinya diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Tgk dompet,dah nipis…bila buka,ade la 3-4 keping duit merah (rm10) :D…ingatkan taknak pergi,tapi sebab ia pertama kali buat kat sane,fikir 2 3 kali,terus pergi…Dengan menunggang motor cepai aku,vroom direct ke Persada..moto plak lame tak service,ade la gak buat hal 2-3 kali tgh jalan..time2 ni plak dia meragam…aku budget sebab naik 2 org…tu yg dia merajuk..hehe…

PC Fair kali ni mmg puas hati…besar…selesa sedikit berbanding PC Fair yang sebelom ni diadakan di City Square, JB…sesak tu mmg sesak,tapi,ok la…kalau nak ikutkan hati,mmg nak je sebat sebakul dua..tapi memikirkan aku bawa motor je,tak jadi laa… (padahal duit ade rm40 je :)) ) aku tak sempat nak membuat servey setiap unit cubic kat pameran tu,one_guy terima call urgent nak setelkan problem dia…adus…sebelom aku pulang dengan tangan kosong disamping flyers2 yang diberikan oleh promoter gerai,aku sempat menyambar 25 keping DVD…kali ini,aku menggunakan DVD keluaran Imation menggantikan DVD yang aku kerap guna keluaran EGEN. Kepada yang berada disekitar johor,baik korang pegi PC Fair kali ni. Dapatkan DVD Imation 16X DVD+R ,25 keping dengan harga RM22 …Percuma Cutie magnetic memo pad + Pen Imation dengan setiap pembelian DVD Imation. :D Lepas ni,bolehlah aku membakar koleksi cerita-cerita yang aku cari haritu.