Posts Tagged ‘ rakan

Honeymoon ke Jakarta 06 May 2008 at 6:20 pm by gie

hamik ko tajuk entri…hehe….ok…kali ni,entri paling ringkas aku buat…hurm…aku akan bertolak ke Jakarta jap lagi… kul 9malam (6 Mei 2008) bersama 19 orang lagi…aku sempat menjemput Rasso untuk mengikuti trip ke indon ni…kami dijangka pulang pada 10 mei 2008…nantikan kepulangan aku dengan membawa seribu erti perjalanan…

Pst : maaf laa…aku tak sempat nak intro kat korang Bini baru aku (D80) sedih gile….) takpe,entri akan datang,aku buat paling panjang tuk korang…
Pst 2 : Mira,nanti blanje makan ye kat sane…tunggu i telefon ye…

+ Notis 24jam : Pengkritik tegar diperlukan..!! By gie 07 April 2008 at 7:08 pm and have 33 Comments


kredik gambar to metallic box

Salam kepada semua pengunjung dan pengkritik yang dihormati…hari ini,aku harap,mendapat feedback dari korang diatas isu yang pernah ditimbulkan pada minggu lepas berkaitan dengan perjalanan blog ini…aku telah menghubungi pihak hosting dah menanyakan isu ini,dan dia bersetuju untuk memindahkan aku ke server yang lain sekiranya aku mahu…hurm….mungkin aku tak terasa kelembapan berikutan internet disini mmg superb,tapi,blog ini,untuk tatapan rakan-rakan,pengkritik luar,bukan untuk diri sendiri..kan…? :D aku meminta jasa baik korang untuk memberikan feedback yang bernas agar selesai sudah perkara yang dibangkitkan….Sekian

Uji Kepantasan Network Speed
Datacenter 1 Hasil aku : bandwith =433.20kbps download =54.15 KB/sec
Datacenter 2 Hasil aku : bandwith =277.00kbps download =34.63 KB/sec
Datacenter 3 Hasil aku : bandwith =716.20kbps download =89.53 KB/sec
Datacenter 4 Hasil aku : bandwith =1.57 Mbps download =200.68 KB/sec
Datacenter 5 Hasil aku : bandwith =138.00kbps download =17.25 KB/sec

Kalau pemerhatian aku,datacenter 4 paling power bagi aku….

Uji Muatturun fail dari datacenter
Muatturun dari datacenter 1
Muatturun dari datacenter 2
Muatturun dari datacenter 3
Muatturun dari datacenter 4
Muatturun dari datacenter 5

Mane paling stabil dan paling syok tuk korang….tolong ye…agak2 speed dia stabil je,bagitau eh….atau lawati Shinjiru SpeedTest

Peritiwa tambahan
Sebelom aku bersua isu ni,aku selalu gak berborak kosong dengan pihak hosting..haha..aku bantai cam member2 kenalan chatting…bos dia plak tu..ade sekali tu,dia bercerita tentang staff baru yang baru join the company..pompuan…dan harini,staff baru tersebut yang melayan karenah aku..haha…siapalah dia agaknyer…dah kawin ke belom ye..? :p suara dia dalam tipon…haha..tak boleh cakap lebih lanjut..karang korang tergoda…hehe…sekarang,dia menanti keputusan dari aku hendak pindah ke mane…aku diberi 2 pilihan untuk bertapak..berkongsi ip dengan http://apartmentskl.com/ (mempunyai 100+ domain dalam ip tersebut,tetapi,kesemuanya hotel-hotel + resort…mesti up 100% kan..?) dan satu lagi berkongsi ip dengan http://legendworldwide.com.my/ (ip kat domain tu dalam 60+ je….) nak check domain bersama, sila ke http://www.myipneighbors.com/ (thanks to awqi aka asblogger) sebab bagitau website ni…

Usya Rakan-Rakan
1. Pengguna Antivirus Kaspersky…?dapatkan key terbaru di blog khai tau ko beli je cam si cypher ni.
2. Lawat kenalan baru…moto dia best…tikam 20sen,dapat nugget milo…tak haram ke makan bende tikam2 ni..hehe..jom usya blog ahmadridzuan
3. Pengumuman tak rasmi..aku menanbah pages TV kat blog ni untuk berkongsi cerita yang aku rasa perlu tonton…akan diupdate kemudian..baru satu aku letak….jemput tgk…

+ Persidangan di Melaka By gie 28 March 2008 at 10:06 am and have 17 Comments

Pada hari Rabu yg lepas (26 Mac 2008), krew sbl (bebudak kos aku) telah dijemput untuk bersidang di Melaka Bandaraya Bersejarah tentang kerajaan baru yg ditubuhkan oleh Jabatan Senibina Landskap UTM. Persidangan ini dimulakan seawal jam 8 pagi (bertolak dari UTM) dan tiba di Melaka pada jam 11 pagi. Antara agenda yang berlaku adalah lawatan rasmi ke Taman Seribu Bunga, seterusnya persidangan di Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Antara isu yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan pengurusan, sistem, anggota, teori dan praktikal tentang Taman Seribu Bunga di Melaka. Lawatan kami berakhir dengan window shoping di Bandar Hilir Melaka.

pst: sebenarnya lawatan sempena subjek yg kiteorg amik..tapi,cam grand kan…aku tak banyak snap gambar…maklumlaa…tgh malas2 nak usung psp aku ni…baik aku layan lagu je…hehe…

Kene Tag oleh Pluginbaby

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:

1. Dslr

2. Graduate with 3. above

3. Mac Book

4. Holiday at Japan

5. PSPhone

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:

1. Tak sabar nak snap gambar…banyak perkara yang aku dah listkan berkaitan dengan dslr ni…antaranya, kalau berkesempatan,semua rakan2 aku yang bersanding @ mendirikan rumahtangga,aku nak snap pic diaorg…aku…?lambat lagi….aku bukan seperti bro zul yang tgh happy sekarang….

2. Untuk dapat kerja….pointer sekarang,mmg menyedihkan….

3. Antara gadget yang aku ingin miliki…tak dapat macbook,tweak osx pun jadilah…hehe…

4. Aku berangan nak kesitu sejak tabika lagi…haha…tul ke..?tah laa…awek aku YUI, lame dah menanti aku kat sane…aduh…”Abg tak dapat datang sekarang, tiket flight dah habis….” hehe…

5. wat masa ni,kalau nak upgrade phone,ni wishlist aku…kalau ade rg nak bagi N95 ke, N80 ke,tangan ni sentiasa terbuka untuk menerima….sape berani..sponsor aku….aku cabar….!!!

THE PERSON WHO TAGG-ED YOU IS : Pluginbaby

5 IMPRESSIONS OF HIM/HER:

1. Kau suka,aku pun suka.

2. Makin bersemangat nak tulis blog.

3. Ganas tapi lovin (bak kata xero dengan syia…)

4. Hensem (aku tak pernah tgk ko lagi..)

5. Sgt membantu…(kau upload la banyak2 sikit,aku dah malas gile nak cari album baru ni…)

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:

kau buat ape kat aku wei….?kene pk balik ni….mmm….akan diisi kemudian…hehe…

MOST LOVED INVENTION (doesnt have to be technically advanced)

belom ada…tak pernah lalui…sad…no komen :(

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:

Orang yg suka mengambil kesempatan keatas org yg berlaku baik. Hentikanlah perbuatan itu.

6 PEOPLE YOU WANNA TAG:

1. Aman (aku belom singgah lagi blog baru dia..aku nak inform gune trackback je..hehe)

2. Rasso (aku pernah nampak kau,ko tak pernah nampak aku…ape yg ko rasa… :D )

3. Aj (domain baru dengan guna mac…komen kau dipersilakan…)

4. Khai (makin mantap dia ni….khai…ape kata ko plak kat aku…)

5. Dungun (sesekali,nak tau gak ape pendapat kenalan dari internet bukan…? )

6. Madnilk (aku dah tak boleh spam ko lagi….kau pasang la shoutbox)

Usya Rakan - Rakan

1. Sape suka lukisan potret percuma…?sumer suker kan…masukkan email dan nama korang kat Potret Percuma oleh Wanwma . Aku dah isi,hope menang la bulan April ni…hehe…Mael dah menang…kita tunggu je gambar mael nanti

2. Free Premium wordpress theme dikumpul oleh Hongkiat dan yang direkomen oleh Mael. Masa untuk berubah ke yg lebih baik. Jom ramai2 tukar ke magazine theme…cool plak aku usya…

Flickr : , , , , , , , ,
Zooomr : , , , , , , , ,
Del.icio.us : , , , , , , , ,
Technorati : , , , , , , , ,

+ Website Slow..? By gie 24 March 2008 at 7:45 am and have 32 Comments

website slow..?
domain yang digunakan tiada kene mengena dengan yg hidup,ataupun yg telah tiada..sekadar percubaan

Dalam entri yang panas macam pisang goreng ni,Khai ade cakap website aku @ blog aku selow….!!!alahai…ini perkara yang melemahkan aku…susah aku nak cakap camne,sebab aku dibelakang koneksi internet yg paling superb pernah aku pakai…(taknak bangga..hehe) ..Thanks khai sebab prihatin…aku tak pasti cara mana yang betul untuk mengetahui web kita selow atau tak…dulu,pernah CEO cgyhost mengajar aku,camne nak ping website…tapi aku dah lupa…yang aku ingat ping.. tu je…mungkin,ini cara yang tepat untuk mengetahui kelajuan website kita kot…betul ke…?betulkan kalau salah ye… :) …aku terjumpe artikel di mymommybiz untuk mengajar camne nak ping ke website….

Here is how to Ping

1. From the desktop, click start
2. Select Run
3. In the Run box, type command
4. Click OK
5. The DOS window will pop up. At the C:\WINDOWS> prompt type ping www.yourdomainname.com and press enter.
6. You will see some results pass through the screen.
7. It will tell you if there were any packets lost in the transfer (0% loss is what you want to see).
8. It will also tell you the average speed, in milliseconds.
9. To close the DOS window, type exit at the C:\WINDOWS> prompt and press enter.

atau,boleh je gunakan free tools seperti Free ping test oleh iWebtool (seperti gambar diatas) ..mudah…

aku rase,ade banyak sebab kenape website aku selow….pertama mesti koding yg serabut cam sarang tikus…alahai…aku harap, dr xero leh datang sini,usya2 mane yg tak betul…satu lagi,iklan…iklan pun kekadang boleh selowkan website…hosting…?no komen..ping kat atas tu cam ok je…lain2 sebab,mungkin theme…tapi,aku suke theme ni..serios..cokelat hidupku.. :D so,camne kengkawan…?

Usya Rakan-Rakan
1. Domain .my hanya 99 inggit je…en mael jual lagi murah…rugi tak dapatkannya…
2. Ini bukan website slow..tapi broadband selow…kasihan si cypher..jom la lepak studio aku..aku pun banyak kerja ni,kang aku sub kat ko….hehe…
3. syok.org dah kembali…down lame ni…

+ Bundle Update #2 Masa untuk berubah By gie 23 March 2008 at 9:55 pm and have 18 Comments

masa untuk berubah
kredit image to Julie-rc @ deviantart

Sebelum aku melengkapkan entri bundle aku yang ke 2, aku telah menggoogle frasa “masa untuk berubah” untuk mecari maksud tersirat disebalik frasa tersebut. Setelah browser flock aku habis loading, aku mendapati 2 kenalan aku mendapat antara top 10 untuk carian tersebut. MohdIsmail dengan artikel prabayar happy dan Wizurai dengan artikel pertamanya setelah berpindah ke wordpress …malas berceloteh panjang,aku teruskan kepada bundle update aku….

Blog
masa untuk berubah 1
upgrade ke WP2.5 RC…memula cam best,sumer dah bertukar,tapi,nak upload gambar,mmg susah..hampeh gile..manual jadinyer..alahai….aku bagi 3 bintang…kalau letak upload kat write page seperti sebelom ini,aku pasti stylo…satu lagi,widget..aku ni kipas susah mati widget,tapi,nak manage dia bukan main susah sket kat version 2.5 ni…alahai…kene downgrade la kalau terus camni…

Keluarga
masa untuk berubah 1
makin banyak kucing kat umah aku..dia tgh sakit..tu yg tdo je..
Aku pulang kerumah hujung minggu lalu…atas sebab-sebab tak dapat dielakkan…aku dah la jarang balik rumah…(kantoi salu lepak studio)..tetiba je balik…haha..jumaat mase presentation,demn..kene syko habis oleh lecturer…15% total markah…aku rase, 2% pun belom tentu aku dapat…merajuk,terus balik rumah…submition paling teruk pernah berlaku…alahai….

Gadget
masa untuk berubah 3
hausing baru nset aku
Aku bakal terima gadget tambahan daripada ayah aku…ia tidak tersenarai dalam wishlist aku..hurm…mungkin lepasni,aku turut berubah berikutan gadget ini…nantikan gadget terbaru aku ini….aduh…

Kesihatan
masa untuk berubah 4
AWAS Pengguna telefon…!! anda boleh lakukannya…masa untuk berubah :)

Usya Rakan-Rakan
1. Azmie jual nset lagi…dulu aku dah sambar satu..elok je sampai sekarang…so,sape yg nak,boleh la usya2..aku gerenti,puas hati…chewah…(bro,5% eh kalau user beli dari sini..hehehe..gurau je)
2. Tips bagaimana menarik org membaca penulisan diblog oleh AisyahRozi…aku rekomen sumer melawat blog beliau…(erm…mane pergi theme baru dia…aritu theme lain rasanya..)
3. Awas kepada Advertlets..!! kau tunaikan check kawan aku si khai ni..jgn sampai org memandang serong…teruk nanti…(btw,khai,kongsi tips dapat hit lebih 1k tu…teruja aku tgk)