Posts Tagged ‘ UTM

Persidangan di Melaka 28 March 2008 at 10:06 am by gie

Pada hari Rabu yg lepas (26 Mac 2008), krew sbl (bebudak kos aku) telah dijemput untuk bersidang di Melaka Bandaraya Bersejarah tentang kerajaan baru yg ditubuhkan oleh Jabatan Senibina Landskap UTM. Persidangan ini dimulakan seawal jam 8 pagi (bertolak dari UTM) dan tiba di Melaka pada jam 11 pagi. Antara agenda yang berlaku adalah lawatan rasmi ke Taman Seribu Bunga, seterusnya persidangan di Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Antara isu yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan pengurusan, sistem, anggota, teori dan praktikal tentang Taman Seribu Bunga di Melaka. Lawatan kami berakhir dengan window shoping di Bandar Hilir Melaka.

pst: sebenarnya lawatan sempena subjek yg kiteorg amik..tapi,cam grand kan…aku tak banyak snap gambar…maklumlaa…tgh malas2 nak usung psp aku ni…baik aku layan lagu je…hehe…

Kene Tag oleh Pluginbaby

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:

1. Dslr

2. Graduate with 3. above

3. Mac Book

4. Holiday at Japan

5. PSPhone

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:

1. Tak sabar nak snap gambar…banyak perkara yang aku dah listkan berkaitan dengan dslr ni…antaranya, kalau berkesempatan,semua rakan2 aku yang bersanding @ mendirikan rumahtangga,aku nak snap pic diaorg…aku…?lambat lagi….aku bukan seperti bro zul yang tgh happy sekarang….

2. Untuk dapat kerja….pointer sekarang,mmg menyedihkan….

3. Antara gadget yang aku ingin miliki…tak dapat macbook,tweak osx pun jadilah…hehe…

4. Aku berangan nak kesitu sejak tabika lagi…haha…tul ke..?tah laa…awek aku YUI, lame dah menanti aku kat sane…aduh…”Abg tak dapat datang sekarang, tiket flight dah habis….” hehe…

5. wat masa ni,kalau nak upgrade phone,ni wishlist aku…kalau ade rg nak bagi N95 ke, N80 ke,tangan ni sentiasa terbuka untuk menerima….sape berani..sponsor aku….aku cabar….!!!

THE PERSON WHO TAGG-ED YOU IS : Pluginbaby

5 IMPRESSIONS OF HIM/HER:

1. Kau suka,aku pun suka.

2. Makin bersemangat nak tulis blog.

3. Ganas tapi lovin (bak kata xero dengan syia…)

4. Hensem (aku tak pernah tgk ko lagi..)

5. Sgt membantu…(kau upload la banyak2 sikit,aku dah malas gile nak cari album baru ni…)

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU:

kau buat ape kat aku wei….?kene pk balik ni….mmm….akan diisi kemudian…hehe…

MOST LOVED INVENTION (doesnt have to be technically advanced)

belom ada…tak pernah lalui…sad…no komen :(

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:

Orang yg suka mengambil kesempatan keatas org yg berlaku baik. Hentikanlah perbuatan itu.

6 PEOPLE YOU WANNA TAG:

1. Aman (aku belom singgah lagi blog baru dia..aku nak inform gune trackback je..hehe)

2. Rasso (aku pernah nampak kau,ko tak pernah nampak aku…ape yg ko rasa… :D )

3. Aj (domain baru dengan guna mac…komen kau dipersilakan…)

4. Khai (makin mantap dia ni….khai…ape kata ko plak kat aku…)

5. Dungun (sesekali,nak tau gak ape pendapat kenalan dari internet bukan…? )

6. Madnilk (aku dah tak boleh spam ko lagi….kau pasang la shoutbox)

Usya Rakan - Rakan

1. Sape suka lukisan potret percuma…?sumer suker kan…masukkan email dan nama korang kat Potret Percuma oleh Wanwma . Aku dah isi,hope menang la bulan April ni…hehe…Mael dah menang…kita tunggu je gambar mael nanti

2. Free Premium wordpress theme dikumpul oleh Hongkiat dan yang direkomen oleh Mael. Masa untuk berubah ke yg lebih baik. Jom ramai2 tukar ke magazine theme…cool plak aku usya…

Flickr : , , , , , , , ,
Zooomr : , , , , , , , ,
Del.icio.us : , , , , , , , ,
Technorati : , , , , , , , ,

+ Mac OSX project By gie 19 February 2008 at 9:59 am and have 14 Comments

Kalyway

Kalau diperhatikan blog rakan-rakan kita,banyak yang telah memulakan projek-projek besar mereka sepanjang tahun 2008 ni, antaranya neutronic aka ijud dengan Malaysia Wp Theme, shodowx_19 dengan projek Design Project 2008, Cypherhackz aka fauzi dengan projek beribu2 domain (antu domain) :p dan ramai lagi…Sebenarnya, aku masih terkilan sebab projek lama yang aku buat,tidak membuahkan hasil dan aku harap, projek kali ini menjadi :) ….Berbalik kepada tajuk asal, projek kali ni dinamakan “Mac OSX Project” …tgk saja pada nama,dah tau projek ni projek ape….aku sekarang berusaha untuk memasang Mac OSX kedalam mesin Intel atau AMD…Aku berterima kasih kepada Bro Zul sebab memberi semangat untuk mencuba projek ini…Kalau memasang os windows seperti Vista, Dark Edition, Windows Royale, Performance Edition, Bariski edition, Cristal Edition, Blue Edition dan sebagainya, aku sudah jemu dan koleksi OS tu terlalu banyak…Ubuntu pula…? erm…ubuntu aku dah pernah guna dan banyak lagi perlu dipelajari..mungkin,aku cuba untuk pasang ubuntu kelak…Kepada sesiapa yang hendak mencuba projek ni, bolehlah melawati artikel lengkap memasang Mac OSX kedalam PC dalam Bahasa Melayu

Pst: Aku baru saja abis download Kalyway 10.5.1 leopard DVD (iso file dia 4.37GB) gambar kat atas, dan aku juga telah memuatturun Office 2008 untuk mac (tak pasti boleh ke tak install…bro zul,kang ajar aku kalau aku dah pasang leopard ye….

Office 2008

tak cukup dengan tu,aku juga sedang memuatturun Adobe Design Premium yang memuatkan aplikasi seperti Photoshop CS3, InDesign, Illustrator, Acrobat Professional 8, Flash Professional, Dreamweaver dan sebagainya…. :D wah..tak sabarnya…

Adobe cs3 design premium

sape duduk UTM dan nak mencuba projek ni,datang melawat aku dengan membawa DVD kosong berserta buah tangan tuk aku…aku bakarkan untuk korang..sambil2 tu,boleh la makan buah tangan yang korang bawa tu…hik hik…

To Apple:
Think of this as of a demo version and as of a free marketing campaign. Therefore, let it be…
ENJOY ! if you love MacOSX think to buy it !!!. If you really like Mac OS X Leopard and you want to use it,you should get a real Mac. If buying a real Mac is too much, you can, at least, buy a license for Mac OS X Leopard. :)

+ Bundle Update #1 By gie 15 February 2008 at 7:08 pm and have 6 Comments

Trip Studio
Teluk batik

Lama betul aku tidak mengemaskini blog seperti biasa…Minta Maaf dipohon kepada pengunjung yang tak pernah jemu datang kesini selama ketiadaan aku..aku tidak berkesempatan untuk menulis pemergian aku ke Perak atas urusan pembelajaran…pada masa nak pergi,aku sibuk menyiapkan perkakas-perkakas yang perlu dibawa ke sana…ditambah lagi dengan keadaan demam yang berlarutan,aku gagal menulis apa-apa memo kepada kalian semua…maaf ya…Selama 4 hari,3 malam aku disana….dah pastinya ade kenangan yang boleh dikongsi bersama…aku akan mengulasnya kemudian hari berikutan entri kali ini berbentuk bundle…hehe…nantikan….

Prison Break Season 3 episode 12 : Hell or High Water
pbe12

Episode Number: 56
Season: 3
Season Episode #.: 12
Original Airdate: Monday February 11th, 2008
Summary : The escapees find success for some, if not all in their attempt, and are assisted by an unexpected source. But a mistake finds one escapee leaving behind something.
Source : TVRage

Pergi trip pun tak keruan…hati sibuk nak tgk episode terbaru prison break…haha….nak mencari internet kat sana,mmg tak sempat..terpaksa tunggu balik ke UTM,baru ble tgk…balik2 plak internet selow tahap dewa…nasib baik wireless boleh digunakan,walaupun perlahan..takpe..janji boleh tgk…Scofield dah keluar,Sucre plak kene tahan…aduhai..tak sabar nak nantikan episode seterusnya…

Nak Link..?ni ade hadiah…
1. Direct Link lambat,menyesal…
2. Netload laju gak ni…
3. Direct link lagi…

Video + Magic
Magic
Minat silap mata…jom tgk video dia kat Penguin Magic….aku suka video camni…sapa nak buat koleksi,leh dapatkan demo dia di SINI…erm..btw,sape kat sini pandai,leh tak ajar aku camne nak buat trick tu..hehe…boleh la tunjuk kat org lain…Yang ni plak,lain kisahnya…Kereta kelisa di UK…aduh…

Si Penyaman Gondreng….!!
Yg ni aku cam malas nak ulas…balik je UTM, si keparat UTM (pak gut) telah melayangkan 3 surat saman kepada aku dah motosikalku…mmg haram laa…kalau sikit takpe..satu saman lalulintas (arini dapat) dan sebelom tu,parking…dia cas sekali 3 saman dalam satu surat…satu lagi pun sama…3 saman dalam satu surat…kalau satu surat,satu saman takpe….ni dengan belagak,angkuh, letak surat tu kat moto aku…saman pandai..kalau ade kes kecurian,buat tak tau plak..mmg @#$!#$?* la…geram gile..tak pasal2 aku kene 7 kesalahan x RM25 =RM175 dalam seminggu…kau tunggu je la…vandalism akan berlaku kalau saman masuk dalam akaun aku…aku rugi,kau pun kene rugi…

Hurm…oklaa..setakat ni je update terbaru..nanti aku bagitau selanjutnya…sekian…

+ DSLR : which one da best..!! By gie 09 February 2008 at 12:40 pm and have 22 Comments

dslr

Argh..!! gila sekejap ketika membuat pilihan dslr yang hendak ku rampas sebagai gadget terbaru aku…cukup pening apabila membuat perbandingan antara dslr..semua org pun tahu,kita perlu membuat sedikit kajian terhadap barang yang hendak dimiliki,terutamanya kegunaan,keselesaan dah kemesrapenggunaan, brand (sesetengah orang) dan tidak lupa juga harga (budget)…pening mencari senarai harga pasaran setempat (market price untuk dslr)….terpakse aku bersengkang mata mencari info-info tentang harga tetapi akhirnya menemui jalan buntu…tak jumpe senarai harga penuh untuk dslr…sape2 yang ade info tentang senarai harga dan kedai yang menawarkan harga yang berpatutan,diharap boleh berkongsi disini…aku memerlukannya untuk meneruskan membuat kertas kerja susulan,atau laporan tentang gadget terbaru itu…

“ko gila ke tetiba je nak dslr ni”

hurm…Sebenarnya,aku tak terpk pun nak mengkaji lebih dalam tentang dslr ni…sebelom ni, fahmishah ade menyatakan keinginannya untuk memiliki sebijik dslr berdasarkan minat beliau dalam bidang fotografi…Aku pula??Baiklah,aku ceritakan jalan cerita sehinggalah terbukanya pintu hati aku mencari dslr ni…

Sejarah Hidup aku dan SLR/DSLR
Aku sebenarnya mmg meminati bidang fotografi sejak dibangku sekolah lagi,tetapi disekat kerana sebab-sebab tertentu…slr pertama aku pegang,ketika di tingkatan 4,ketika salah seorang budak dorm aku mengeluarkan sebijik kamera oylmpus (tak ingat model ape) dari loker…perasaan hendak memiliki tu terlalu jauh,kerana,aku bukan jenis berwang..hanya impian aku bina selama ini….ketika aku di matrikulasi,langsung tidak berupaya untuk mendekati perkembangan slr ini…sedih gak…

Aku bersyukur,kerana dapat masuk ke UTM ni…tahun pertama,aku dikejutkan dengan satu kelab yang sangat aktif iaitu Kelab Fotokreatif UTM,dimana kelab ini diberi mandat untuk mengambil gambar tahunan konvokesyen….wow…aku mendaftar sebagai ahli baru untuk kelab tersebut…terima kasih tidak terhingga kepada KFK sebab mengajar aku tentang slr kamera walaupun aku noob gila tentang slr…diberi kelas bimbingan oleh salah seorang ahli kelab tersebut yang mempunyai banyak pengalaman dan tips2 dalam bidang fotografi….Perkenalkan,sifu aku Azril Hafiz,sebab dia yang handle group aku mase tu…mmg teruja dengan slr kamera ni tetapi sekali lagi hajat aku tidak kesampaian sebab tak dapat join practical fotografi kat Cameron Highland..Selepas itu, hubungan aku dengan KFK semakin jauh…Tahun 2 di UTM pun kelihatan hambar sebab aku tidak berupaya meluangkan masa dengan KFK dah semakin ketinggalan…aku seperti berputus asa….

Tahun 3
di UTM,aku dikejutkan sekali lagi apabila diberi kepercayaan oleh Hurriyah (cik yah) untuk join Unit Pengambilan Gambar Graduan tuk Konvokesyen ke 38…tapi,mase tu,aku diambil sebagai videoman..tak kisah la…sambil2 tu,aku mempelajari balik asas2 slr…(mencari semangat yang pudar) dan juga dslrAlhamdulillah…semuanya berjalan dengan baik dah aku dapat join Praktikal di Langkawi…Setelah banyak kenangan manis aku lalui dengan KFK, aku terpaksa berundur diri dari kelab KFK berikutan kesibukan yang melanda diri…aku rindu saat manis aku dengan KFK…Sehingga kini,aku tak dapat nak lepak sane n ramai dah budak2 baru yang aku tak kenal…tak kisahlah..janji kelab tu havoc n da best…aku still contact dengan dak lama yang banyak mengajar aku… :D

Lari tajuk pulak..!!
Aduhai…lari tajuk aku…kisah hidup plak yang aku highlightkan…Berbalik kepada tajuk atas atas,aku nak minta pendapat korang tentang kamera yang paling disyorkan tak kisahlah untuk aku,ataupun untuk org lain….mungkin ramai mempunyai pendapat tersendiri….Aku membuat sedikit pembacaan di forum Lowyat dan mempunyai sedikit input tentang dslr yang terkini…untuk peringkat beginner photographer, menurut perbandingan antara Nikon D40, Canon Eos 350D dengan Sony Alpha A200, ramai yang mengundi Sony Alpha A200 adalah permulaan yang bagus untuk entry level photographer….Aku memerlukan sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk memberi sedikit komen tentang perbandingan yang dibuat…diharap,dia dapat membantu,aku dan ramai rakan-rakan yang ingin memulakan hidup baru sebagai photographer…juga kalau ade komen tentang kelas semi pro dimana gadjet yang bertanding ialah Nikon D80 dengan Canon Eos 40D..mana lagi best…??

+ Diriku semakin berusia By gie 06 February 2008 at 1:32 am and have 28 Comments

Besday

Tepat jam 12.00am, 06 Februari 2008, genaplah usia 23 tahun…. “dah besar panjang ko gie” kataku berseorangan….kalaulah org lain,mesti nset penuh deringan,sms masuk tak henti-henti…aku…?seperti tahun-tahun lepas, takde perkara yang menarik untuk dikongsi…seperti malam2 sebelum ni…sama ja..tidak perubahan…ada 4 kali nset aku berbunyi,menandakan ada sms aku terima…Alhamdulillah…ada juga org yang ingat kat aku… :) petang tadi,aku telah menelefon bonda aku dikampung…asyik bergayut,sampai tak ingat dunia..ye laa…lama tul tak borak… :p …sebelum memutuskan talian,sempat bonda aku bertanya…

“besday abg ipin esok kan..?abg ipin balik khamis kan..?tunggu abg ipin balik je la ye,baru sambut”

kesian bonda aku…mesti dia dah plan apa2 untuk sambut harijadi anaknya…aku pula,masih berada di UTM,untuk menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh….sedihnya…terase nak balik umah je skang…Rindu kat masakan bonda aku ni…Hurm…nampaknya,kakak aku pun dah terlupa akan tarikh ini….mungkin serik sebab sejak 2 tahun lepas,dia terwish awal seminggu….tergelak aku bila mengenangkan detik2 itu…hehe…erm..okla…kita tunggu esok….apa pula kisahnya….